Khamis, 25 November 2010

KERTAS KERJA ILMU PENDIDIKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                     : Ulum Syariah
Kelas                                      : 1 Yakin
Tarikh                                     : 28 Ogos 2008
Masa                                      : 7.45 pagi – 8.45 pagi
Bilangan murid                    : 30 orang
Bidang                                   : Akhlak
Tajuk                                      : Adab terhadap ibu bapa dan orang tua
Kemahiran                            : Membaca, Mengingat dan menerapkan nilai
Pengetahuan sedia ada     : Membaca tulisan Jawi
Hasil pembelajaran             :
Aras 1: -menyebut dan mengamalkan adab bercakap dengan ibu bapa
              -Sentiasa menghormati ibu bapa
Aras 2: menghafaz doa untuk kesejahteraan ibu bapa
Aras 3: membezakan tingkah laku beradab dengan tingkah laku yang
             tidak bersopan terhadap ibu bapa
Penerapan nilai                   : Bersyukur, menghormati ibu bapa
Gabung jalin                         : Jawi, bahasa Arab dan moral
Bahan bantu mengajar       : pita rakaman, kad gambar dan kad potongan doa
Kaedah pengajaran                        : Berpusatkan guru dan murid

LANGKAH
ISI PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Membaca doa
- Guru membaca doa
- murid-murid mengaminkan doa

-pelajar masih sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang simpan buku ke dalam beg, menulis dan bercakap dengan rakan.
Set induksi
(3 minit)
Pelajar diperdengarkan dengan pita rakaman lakonan perbualan antara anak dan ibu.
- guru memasang pita rakaman.
- murid-murid disuruh diam dan dengar dengan teliti apa yang dipasang oleh guru.
- guru menguatkan bunyi pita rakaman supaya seluruh kelas boleh didengari.
Pita rakaman
Pelajar sudah mula memberi tumpuan apabila guru memasang pita rakaman. Mereka agak tertarik dengan peralatan guru.
Seorang pelajar bertanya apa yang dipasang oleh guru.
Dua orang pelajar pelajar minta kebenaran untuk keluar ke tandas.
Langkah 1
(8 minit)
- Pelajar hendaklah beradab sopan dengan ibu bapa.
- tidak meninggikan suara apabila berhadapan dengan ibu bapa.
- berwajah yang ceria yang dengan ibu bapa.
- guru menerangkan kepada pelajar tentang adab-adab tersebut.
- guru menunjuk gambar yang pertama. guru bertanyakan soalan kepada pelajar “tahukah kamu apakah yang pelajar ini katakan?
- guru melakonkan dialog dalam gambar tersebut.
Dialog: anak- “mak, izinkan saya pergi  bermain” mak- “pergilah, tapi main kat padang je. jangan pergi tempat lain”
-Guru menunjukkan gambar yang kedua.
Guru melakonkan dialog gambar yang kedua.
Dialog: mak - “tak payahlah keluar man. panas ni.” anak- “ala mak ni..orang tahulah jaga diri..mak tak payah nak sibuk”
- guru menunjukkan gambar yang ketiga.
- guru melakonkan dialog gambar yang ketiga. mak- “berseri je man hari ni...man nak kemana ni?” anak- “man nak tolong mak buat kerja. boleh tak mak?” guru mengaitkan ketiga-tiga gambar ini dengan adab sopan apabila berhadapan dengan ibu bapa.
Gambar:
1. pelajar bercakap dengan ibu bapa secara sopan.
2. pelajar mengherdik ibu bapa.
3. pelajar tersenyum kepada ibu bapa.
Beberapa orang pelajar mencelah bertanyakan tentang gambar apa yang dipegang oleh guru.
Semasa penerangan diberikan oleh guru, sebilangan pelajar sibuk menceritakan kisah mereka masing-masing kepada guru.
Guru mengarahkan mereka senyap tetapi masih ada pelajar yang tidak menghiraukannya. Ada pelajar yang berdiri dari tempat duduk mereka kerana ingin melihat gambar tersebut.
Gambar yang diberikan oleh guru kecil dan tidak bewarna menyukarkan mereka untuk memberi perhatian.

Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti murid
1. latih tubi menyebut adab tersebut.
2. Doa kepada kedua ibu bapa: “ya allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku. rahmatilah kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menjaga daku semasaku kecil”
Guru membahagikan kelas kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu gambar masing-masing. Guru menyuruh kumpulan 1 membacakan adab sopan sebagaimana dalam gambar secara beramai-ramai sebanyak tiga kali. Kemudian diikuti oleh kumpulan 2 dan 3 dengan langkah yang sama. Kemudian, guru menyuruh kelas memberitahu ketiga-tiga adab sopan itu secara serentak.
Seterusnya, guru menunjukan kad potongan doa kepada ayah dan ibu beserta ertinya dalam bahasa melayu. Guru memperdengarkan bacaan daripada pita rakaman, pelajar ikut beramai-ramai. Kemudian guru menceraikan potongan doa tersebut dan mengagihkannya kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama dikehendaki membaca potongan doa yang diterima. Begitu juga dengan kumpulan kedua dan ketiga. Akhirnya guru menyuruh ketiga-tiga kumpulan mencantumkan doa-doa tersebut menjadi doa yang lengkap dengan seorang wakil tampil menyusun dipapan hitam. Guru menyuruh kelas membaca potongan doa yang telah dicantumkan di papan hitam.
- Kad Potongan doa dalam bahasa arab dan ertinya dalam bahasa malaysia.
- kad imbasan adab-adab sopan.
-pita rakaman bacaan doa.
-Kebanyakan pelajar bermotivasi dan menumpukan perhatian kepada topik pengajaran.
-kad potongan doa kecil dan tidak berwarna.
-pelajar berebut-rebut untuk menjadi wakil menyusun potongan doa dipapan hitam.
-pelajar yang bersifat pemalu kurang melibatkan diri dengan aktiviti.
-semasa guru mengarahkan supaya membacakan doa tersebut, bacaan mereka tidak sekata. Ada yang cepat, ada yang lambat. Ada yang tak baca langsung. Mungkin arahan guru kurang jelas.
-pelajar yang hyperaktif akan cuba mendominasi setiap aktiviti menyebabkan guru terpaksa memanggil nama tertentu untuk menjawab soalan.


Langkah 3
(3 minit)
- Menyanyi lagu
- guru memasang pita rakaman lagu sudirman bertajuk ayah dan ibu.
- guru meminta murid mendengar lagu yang akan dipasang.
- guru meminta murid menghayati lirik lagu.
-guru meminta murid menyanyi bersama-sama.
- guru menutup pita rakaman.
-guru memberitahu betapa besar jasa ayah dan ibu dan sukar untuk kita membalasnya.
- oleh itu, guru menasihati pelajar supaya menghargai mereka berdua selagi mereka masih ada di dunia.
- pita rakaman
-murid-murid kelihatan seronok dan menghayati senikata lagu tersebut.
-sebaiknya guru menggunakan pendekatan multimedia (audio  visual) untuk lebih berkesan lagi.
Penutup
(4 minit)
- Berdoa bersama-sama
- lembaran kerja
-Seorang pelajar dijemput ke depan untuk menjadi imam doa.
- imam baca, yang lain ikut.
- kemudian guru menyuruh 2 orang lagi tampil untuk melakukan langkah ynag sama.
- Kemudian, guru memberikan lembaran kerja berupa kertas berfotostat supaya pelajar menyiapkan kerja itu di rumah. kertas itu kemudiannya mesti ditampal ke dalam buku latihan. 

-masa tidak mencukupi. Masa yang ada hanya sempat untuk seorang sahaja membaca doa tersebut.
-selepas lembaran diberi, masih ramai yang bertanya : “buat dalam buku mana cikgu?, kena tampal dalam buku latihan ke cikgu?, buku latihan mana cikgu?, nak buat macam mana cikgu?”
Mungkin penerangan guru kurang jelas dan bahasa tidak tepat.















REFLEKSI KEKUATAN PENGAJARAN

  1. Banyak bahan bantu mengajar
     
      Saya mempelbagaikan bahan bantu belajar agar pelajar merasa seronok untuk meneruskan pembelajaran mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Antara bahan bantu belajar yang saya gunakan ialah gambar, pita rakaman bacaan doa, pita rakaman nasyid, kad imbasan potongan doa dan pita rakaman lakonan perbualan antara anak dan ayah. Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran. Bahan-bahan ini merupakan suatu alat perangsang untuk menarik pembelajaran.
 
  1. Pelajar seronok menyanyi
     
      Menyanyi adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dikalangan pelajar-pelajar. Menyanyi memberi kesan kepada pelajar untuk peringkat yang berumur di kalangan 7 tahun. Saya cuba mengaplikasikan teori Thorndike yang mengatakan pelajar sepatutnya didedahkan dengan suasana yang menyeronokkan semasa aktiviti pembelajaran. Sesuatu yang menyeronokkan akan mendorong mereka untuk belajar dan terus belajar.

  1. Pelajar melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan

      Semasa aktiviti menyusun kad potongan doa, ramai pelajar yang berebut-berebut untuk menyusun. Guru terpaksa memanggil nama tertentu untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Selepas mereka berjaya menyusun kad-kad tersebut, mereka diberi tepukan oleh semua pelajar. Pelajar yang salah susun tidak akan mendapat tepukan. Mengikut teori Thorndike, guru mesti memastikan pelajar diberi ganjaran dan motivasi yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan supaya pelajar mendapat pengalaman yang memuaskan dan terdorang untuk belajar. Teori ini ternyata berhasil apabila pelajar-pelajar saya asyik bertanyakan saya bila nak belajar lagi. Mereka mengharapkan pengalaman yang baik ini berterusan dalam pembelajaran mereka.    

  1. Pelajar menumpukan kepada pengajaran guru semasa guru menunjukkan gambar-gambar tersebut.

                  Pada peringkat awal pembelajaran, pelajar-pelajar lebih terdorong untuk belajar sesuatu melalui objek. Mereka sukakan warna. Oleh sebab ini, apabila saya menggunakan gambar sebagak objek pembelajaran, mereka akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Menurut Gagne, pembelajaran isyarat penting untuk peringkat awal pembelajaran. Kanak-kanak 7 tahun ini adalah merupakan pelajar yang baru memulakan pembelajaran. Untuk itu, penggunaan objek adalah penting untuk membantu mereka memahami pelajaran.



REFLEKSI KELEMAHAN PENGAJARAN DAN CARA MENGATASINYA BERDASARKAN TEORI-TEORI PENGAJARAN

1.     Pelajar suka menyampuk, mencelah dan mengadu hal semasa guru menerangkan tentang adab-adab sopan apabila berhadapan dengan ibu bapa.
     
      Murid-murid suka menceritakan pengalaman mereka kepada guru dengan harapan guru akan memberi perhatian kepada mereka. Mereka akan berasa bangga apabila aduan mereka diberi perhatian. Tingkah laku seperti ini sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran dan pengajaran. Menurut pendapat Skinner, pelajar perlu diberi sedikit peneguhan sama ada peneguhan yang bersifat positif atau negatif. peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Prinsip skinner yang boleh digunakan di sini ialah jangan teguhkan tingkah laku yang tidak di ingini. Apabila pelajar tidak mendapat apa-apa perhatian, lama-kelamaan dia akan menghentikan tingkah laku yang negatif. Ini untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Cara lain untuk  mengatasinya adalah dengan memberi pujian kepada kumpulan pelajar yang didapati tidak bising dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran. Seterusnya, guru meminta tepukan diberikan kepada kumpulan tersebut. peneguhan ini akan diulang semula apabila guru mendapati pelajar mula hilang tumpuan. Dengan cara ini, pelajar akan menjaga diri masing-masing daripada mengadu hal.                                                                                              
2.     Pelajar kerap minta kebenaran untuk pergi ke tandas.

      Keadaan ini mengganggu pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung. Menurut teori Thorndike, kesediaan setiap pelajar penting sebelum proses menimba ilmu. Kesedian fizikal dan mental mestilah berada pada tahap yang sepatutnya. Pelajar yang mempunyai kesediaan psikomotor yang tinggi dari aspek keadaan fizikal dan pergerakan otot bersedia untuk tindakan jasmani dan aktiviti fizikal yang lebih sukar. Kesediaan afektif merujuk kepada kesediaan emosi dan minat terhadap sesuatu. Jika pelajar minat mata pelajaran ini, mereka akan lebih bersedia lagi. Jadi, sekiranya terdapat masalah-masalah yang tertentu, saya sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, saya sepatutnya memberi arahan kepada setiap pelajar supaya pergi buang air sebelum kelas saya bermula. Apabila pengajaran telah dimulakan, pelajar tidak lagi dibenarkan keluar. Perkara ini mestilah selalu diingatkan kepada pelajar agar mereka tidak lupa untuk bersedia sebelum kelas dimulakan.

3.     Pelajar kurang memberi tumpuan semasa potongan doa ditunjukkan dan diajar kepada mereka. Mungkin kerana ilustrasi tidak menarik dan tidak berwarna.
     
                  Ini kerana, bagi pelajar yang baru mengenali sesuatu tulisan, ianya amat asing kepada mereka. Mereka masih tidak tahu membaca jawi. Mereka terpinga-pinga apabila kad imbasan ditunjukkan kepada mereka. Sebaik sahaja guru mengajar cara membaca, barulah mereka cuba mengikut bacaan berdasarkan kad imbasan tersebut. mereka cuba mengenal pasti antara bunyian tertentu dengan kad tertentu. Penyesuaian ini cuba dilakukan dengan minda mereka. Pelajar yang berada pada aras tinggi cepat melakukannya, manakala pelajar yang berada pada aras rendah akan mengabaikannya. Akibatnya mereka kurang memberi tumpuan kepada aktiviti ini. Antara penyelesaiaan yang saya gunakan di sini ialah dengan mengguna pakai teori Bruner. Mengikut beliau, guru perlu mengubahsuai kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Untuk pelajar tahun satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan bewarna-warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang lebih susah. Jadi, saya mestilah membesarkan lagi kad potongan doa tersebut. Saya juga mesti mewarnakannya cantik-cantik. Warna juga mesti berlainan untuk kad yang berlainan. Sebagai tambahan, saya perlu meletakkan gambar pada untuk mengaitkan dengan bunyi yang disebut. Apabila pelajar melihat gambar mereka akan ingat bunyinya. Ini akan membantu mereka belajar dengan lebih baik lagi.

4.     Pelajar bising semasa guru menerangkan arahan-arahan semasa melakukan aktiviti.

      Menurut teori Skinner, guru boleh menggunakan prinsip diskriminasi untuk membezakan apa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlu mengajar pelajar membezakan antara peraturan dam maklumat yang lebih penting di sekolah. Apabila melihat guru besar di dewan, pelajar akan belajar untuk mendiskriminasi tingkah laku mereka dengan tidak membuat bising dan menunjukkan tingkah laku yang positif. Ini bermakna, saya perlu mengugut mereka untuk dibawakan kepada guru besar sekiranya mereka membuat bising dalam kelas.
     
5.     Semasa aktiviti mencantum kalimah, pelajar berebut-rebut dan bising. Semasa aktiviti menyusun gambar, pelajar berlari-lari dan tidak terkawal. Mungkin arahan guru kurang jelas dan tidak difahami oleh mereka.

      Teori Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Pemikiran celik akal ini perlu di galakkan oleh para guru. Caranya, guru hendaklah menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalan pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami. Soalan dan rangsangan yang diberi, mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar. Oleh sebab itu, saya sepatutnya memberikan arahan yang jelas secara ringkas dan mudah supaya mereka lebih memahami. Saya boleh menggunakan nombor 1, 2, dan 3 sebagai urutan arahan. Selain daripada itu, saya juga boleh menerima pakai teori pemodelan Bandura yang mengatakan pelajar belajar daripada peniruan. Bandura menegaskan bahawa guru menjadi role model kepada para pelajarnya. Oleh itu, guru mesti memastikan dia mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Merujuk kepada masalah yang saya hadapi ini, saya boleh menunjukkan contoh bagaimana aktiviti itu harus dibuat. Saya mesti melakonkan terlebih dahulu agar pelajar betul-betul memahaminya. Ini akan dapat mengelakkan pelajar terkeliru dan melakukan aktiviti secara membuta tuli.
6.     Pelajar bising apabila guru bercakap atau menceritakan sesuatu. mereka lebih berminat kepada gambar dan aktiviti.

      Kohler mengatakan bahawa guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal. Ini kerana pelajar-pelajar tahun satu belajar menggunakan objek dan warna. Mereka amat sukar bermain dengan bahasa. Sebab itulah bahasa yang guru gunakan mestilah jelas dan mudah difahami. Guru hendaklah mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan berbunga-bunga. Semasa menceritakan tentang perilaku baik antara anak dan ibu bapanya, saya boleh mengambil contoh salah seorang pelajar dalam kelas ini dengan menyebut namanya. Apabila menceritakan tentang adab kurang sopan antara anak dengan orang tuanya, saya boleh mengambil contoh pelajar yang tiada di dalam kelas tersebut. Secara tidak langsung, ini akan memberikan motivasi kepada pelajar yang disebut namanya oleh guru. Dia akan dilihat sebagai pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain. Kaedah ini juga ada kaitan dengan teori pembelajaran Humanis. Perasaan dan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Suasana pembelajaran mestilah kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. pelajar mesti berada dalam keadaan releks dan tidak tegang semasa belajar.

7.     Pelajar kurang hormat kepada guru. Mereka tidak patuh arahan. Walaupun telah dimarahi, mereka akan mengulanginya lagi.

      Untuk mengatasi masalah ini, saya rasa adalah lebih sesuai mengguna pakai teori Humanis yang dipelopori oleh Maslow. Menurut Maslow,  guru hendaklah memahami setiap individu dan membina hubungan baik dengannya. Guru sepatutnya tahu setiap nama dalam kelas, tempat tinggal dan latar belakang keluarga pelajar-pelajar.  Guru perlu mengajar dengan penuh kasih sayang. Jangan sekali-kali menengking dan menggunakan bahasa yang kesat kepada pelajar. Ini akan menjejaskan emosi mereka dan akan merubah tanggapan mereka terhadap guru. Sebelum memulakan kelas, saya hendaklah menanyakan khabar pelajar, siapa yang tidak hadir ke kelas dan kenapa mereka tidak datang. Saya hendaklah menunjukkan keprihatinan terhadap anak-anak murid saya. Dengan itu, akan menjadikan mereka lebih menghormati dan mendengar arahan-arahan saya.

KESIMPULAN

            Dalam melaksanakan rancangan pengajaran, guru akan berhadapan dengan pelbagai masalah di luar jangkaan. Masalah yang timbul ini adalah berpunca daripada guru-guru atau murid-murid. Pelbagai karenah murid yang akan ditemui oleh guru sepanjang sesi Pengajaran. Guru yang cemerlang ialah guru yang mampu mengubah keadaan pembelajarannya. Guru ini akan sentiasa berefleksi dan akan mengulang-ulang proses ini untuk menambah baik pengajarannya. Teori-teori pembelajaran pelbagai mazhab boleh digabung jalin bersama-sama untuk mencari kaedah dan jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah pembelajaran tersebut.


PENGURUSAN STRESS PDIG

ciri-ciri orang yang berjaya

  1. komited
  2. berkeyakinan
  3. bersikap positif
  4. suka membantu
  5. pendengar yang baik
  6. pandai berkomuniksi
  7. pembuat keputusan
  8. perancang yang baik
  9. berorientasikan keputusan
  10. bebas dari stress

apa itu stres

pengalaman atau situasi yang tidak selesa yang dirasai secara dalaman.
pengalaman yang dialami secara mental, fizikal, emosi dan spritual.
stres dimanifestasikan secara psikologi kognitif dan tingkah laku.

antony yeo (1993)
satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan kepada kehidupan seseorang secara positif atau negatif. stres dianggap positif sekiranya dilihat sebagai cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

Ringgo (1990)
penerangan mengenai definisi konsep yang digunakan adalah seperti berikut:
-          degupan jantung kencang, berpeluh dan tekanan darah meningkat.
-          fungsi daya juang yang menurun
-          perasaan takut, kemurungan dan kecewa
-          stimulus dalaman atau luaran membawa stres
-          stres yang merosakkan atau memberi kesan negatif
-          stres yang positif membawa kebaikan

punca-punca stres secara umum
sosial
pekerjaan
Persekitaran
perkahwinan
Perubahan dalam tanggung jawab kerja
kebisingan
perceraian
Kurang latihan
kesesakan
Kematian ahli keluarga
Hubungan lemah dengan bos dan rakan sekerja
Suhu terlalu panas atau sejuk
Pinjaman yang terlalu besar
Tindakan segera yang tidak munasabah
pencahayaan
Masalah anak, jiran dan mertua
Terbeban maklumat
pncemaran
Kesalahan undang-undang
Kurang meklumat
Cuaca / iklim
Perubahan rakan
Kurang ganjaran / gaji

Kurang sokongan sosial
diskriminasi

* sumber : Kimberly Robinson (1995) Stres Management Training
ciri-ciri tugas yang menyebabkan stres

-          beban tugas (tekanan masa, terlalu banyak kerja)
-          tugas kerja yang berbahaya
-          tanggung jawab pada kesihatan orang lain
-          keadaan tampat kerja yang tidak selesa
-          tugas kerja yang kompleks
-          konflik interpersonal
-          membuat keputusan
-          perubahan organisasi
-          kurang sokongan daripada ketua atau rakan sekerja
-          kurang kawalan mengenai situasi tugas
-          faktor peribadi
Punca stres
-          kerja banyak
-          kerja bertangguh
-          banyak perkara perlu perhatian
-          tidak cukup tidur
-          tidak cukup rehat
-          salah amalan pemakanan
-          komunikasi
-          pemikiran tak rasional
-          silang budaya
-          pencapaian rendah
-          takut gagal
-          keperluan hidup tinggi

Reaksi tingkah laku akibat daripada stres
-          menangis dan tidak dapat bercakap
-          cuba mengelak diri
-          mengundur, ponteng atau lambat menangani interaksi yang menyusahkan
-          gelisah, aktiviti berlebihan atau tidak dapat duduk diam
-          menyendiri (tidak mahu bergerak)
-          merokok, minum minuman keras atau mengambil ubat (dadah)
-          tidak sabar / bertindak ganas
-          cubaan bunuh diri
-          gangguan tidur
-          tiada selera makan
-          lambat buat kerja
-          tidak bertenaga

reaksi bersifat emosi
-          panik / risau
-          kemurungan
-          rasa bersalah
-          marah, kecewa atau perasaan negatif
-          takut
-          hilang keyakinan
-          rasa dipinggirkan oleh orang lain
-          perlukan teman
-          ingin bersendirian
-          rasa bosan
-          rasa tidak berguna
-          sedih

reaksi fizikal
-          tangan dan kaki kesejukan
-          kurang tenaga / lesu
-          tekanan darah tinggi
-          pengsan
-          sakit perut / sakit kerongkong
-          denyutan nadi atau jantung tidak seragam
-          nafas tidak seragam
-          berpeluh
-          cirit-birit
-          pening kepala
-          perubahan tingkah laku
-          tegang otot, sakit dan kejang otot
-          rasa terlalu penat (hilang tenaga)
-          allergi
-          sakit dada

-          tidak percaya atau menolak
-          binggung
-          hilang ingatan
-          kurang tumpuan
-          fikiran bercelaru
-          rasa penat berfikir
-          terlalu memikirkan kejadian yang telah berlaku
-          syak wasangka dan rasa dianiayai
-          susah buat keputusan

reaksi spritual
-          menyalahkan tuhan kerana berlaku sesuatu kejadian
-          marahkan tuhan
-          putus asa
-          persoalkan kepentingan untuk hidup atau berasa sangsi tentang kepercayaan terhadap agama

pemakanan
-          makanan yang banyak bahan penenang semulajadi seperti tenusu, salad dan coklat.
-          gula. kurangkan caffeine
-          pemanis tiruan (aspartune) penyumbang stres

tanda-tanda orang yang tiada tekanan
-          senyum selalu dan mudah ketawa
-          mudah berkomunikasi dengan orang lain
-          suka membantu dan menolong
-          berkeyakinan tinggi
-          kerjanya terurus dan mudah dilaksanakan
-          selalu berjaya
-          sentiasa ceria dan sihat
-          cepat berfikir
-          emosinya stabil

stres boleh timbul kepada setiap peringkat usia. pelbagai keadaan boleh menimbulkan stres kepada individu dan antara punca stres yang dialami oleh pelajar adalah seperti suasana keluarga dan alam persekolahan, masalah pergaulan, kekurangan pada diri serta tekanan menghadapi peperiksaan.
tanda-tanda stres:
  1. suka berseorangan
  2. termenung
  3. merayau-rayau
  4. tidak mesra
  5. wajah muram
  6. kurang berselera makan
  7. berkelakuan hyperaktif
  8. sering sakit kepala
  9. sakit perut
  10. tidak dapat tidur nyenyak

teknik pengurusan stres
-          pelan tindakan
-          cara hadapi stres ditempat kerja
  1. kaji semula situasi kerja
  1. audit kendiri (swot analisis)
  2. bentuk kemahiran yang diperlukan

  1. bentuk kemahiran pengurusan kendiri
  1. perancangan yang sistematik
  2. pengurusan masa
  3. kawal rentak (adakalanya laju dan ada kalanya perlahankan kegiatan)
  4. cari keseimbangan dalam hidup
  5. nilai dan muhasabah diri

  1. perkemaskan pengurusan emosi
  1. fahami situasi
  2. kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan
  3. bentuk kebolehan mengawal emosi
  4. pelepasan emosi yang sihat dan berkesan

  1. urus hubungan secara berkesan
  1. di rumah
  2. dalam masyarakat
  3. di tempat kerja
  1.  
-          kaedah kerja berkesan
-          tangani stres melalui terapi warna
-          tangani stres melalui pengurusan emosi
-          tangani stres melalui pendekatan agama islam

PENGENALAN
            Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
            Sejak akhir-akhir ini, profesion perguruan menjadi antara kerjaya yang menyumbang kepada tekanan kerja. Ini kerana tugas guru sudah bertambah kerana dibebani dengan pelbagai kerja perkeranian. Selain itu, guru-guru juga berhadapan dengan sasaran-sasaran peperiksaan yang mesti dicapai oleh para pelajarnya. Ditambah pula dengan karenah pentadbiran yang seakan-akan cara tentera dan ibu bapa yang membawa peguam masing-masing menyebabkan ada di kalangan guru yang bertukar kepada kerjaya lain. Tugas utama guru adalah mengajar. Walau bagaimanapun, fokus ini semakin teralih gara-gara tekanan yang wujud daripada pelbagai punca dan sebab.
            Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
            Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca dariapada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

-          takrif dan makna

            Tekanan boleh didefnasikan satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( goldenson, 1970 ). Appley dan Trumbull mendefinasikan tekanan sebagai suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( jaafar muhamad, 1997 ).
            Sesuatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana tekanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang atau dielakkan. Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang bebas daripada tekanan ( sayle ( 1974).
            Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab dan amanah kepada diri yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan daripada Allah Taala.

PUNCA-PUNCA TEKANAN KERJA
           
            Dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru, saya tidak dapat mengelak daripada menerima tekanan kerja. Tekanan kerja yang berterusan memberi kesan yang tidak baik kepada karier saya jika tidak diuruskan dengan baik. Tekanan boleh timbul kepada setiap peringkat usia. Pelbagai keadaan boleh menimbulkan tekanan kepada individu dan antara punca stres yang biasa dialami oleh pelajar adalah seperti suasana keluarga dan alam persekolahan, masalah pergaulan, kekurangan pada diri serta tekanan menghadapi peperiksaan.
Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami tekanan adalah sebagaimana berikut.

1. Reaksi tingkah laku akibat daripada stres
-          menangis dan tidak dapat bercakap
-          cuba mengelak diri
-          mengundur, ponteng atau lambat menangani interaksi yang menyusahkan
-          gelisah, aktiviti berlebihan atau tidak dapat duduk diam
-          menyendiri (tidak mahu bergerak)
-          merokok, minum minuman keras atau mengambil ubat (dadah)
-          tidak sabar / bertindak ganas
-          cubaan bunuh diri
-          gangguan tidur
-          tiada selera makan
-          lambat buat kerja
-          tidak bertenaga

2. Reaksi bersifat emosi
-          panik / risau
-          kemurungan
-          rasa bersalah
-          marah, kecewa atau perasaan negatif
-          takut
-          hilang keyakinan
-          rasa dipinggirkan oleh orang lain
-          perlukan teman
-          ingin bersendirian
-          rasa bosan
-          rasa tidak berguna
-          sedih

3. Reaksi fizikal
-          tangan dan kaki kesejukan
-          kurang tenaga / lesu
-          tekanan darah tinggi
-          pengsan
-          sakit perut / sakit kerongkong
-          denyutan nadi atau jantung tidak seragam
-          nafas tidak seragam
-          berpeluh
-          cirit-birit
-          pening kepala
-          perubahan tingkah laku
-          tegang otot, sakit dan kejang otot
-          rasa terlalu penat (hilang tenaga)
-          allergi
-          sakit dada

-          tidak percaya atau menolak
-          binggung
-          hilang ingatan
-          kurang tumpuan
-          fikiran bercelaru
-          rasa penat berfikir
-          terlalu memikirkan kejadian yang telah berlaku
-          syak wasangka dan rasa dianiayai
-          susah buat keputusan

4. Reaksi spritual
-          menyalahkan tuhan kerana berlaku sesuatu kejadian
-          marahkan tuhan
-          putus asa
-          persoalkan kepentingan untuk hidup atau berasa sangsi tentang kepercayaan terhadap agama

            Antara tanda-tanda tekanan yang saya alami ialah sering sakit kepala, selalu khayal, sering menyendiri dan hilang minat untuk melakukan sesuatu kerja. Keadaan ini perlu segera dibendung agar tidak menjadi semakin parah lagi. Untuk itu, saya perlu mengetahui punca-punca terjadinya keadaan ini kepada diri saya. Antaranya ialah:

  1. kerja banyak
      Sebagai guru dalam latihan, tanggu jawab yang mesti dilaksanakan bukan sahaja mengajar di sekolah tetapi juga pada masa yang sama menjadi pelajar di institut perguruan. Saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan pensyarah, mengajar murid-murid sekolah, melaksanakan arahan pentadbir sekolah dan arahan pejabat pendidikan daerah serta menjadi ketua keluarga semasa di rumah.

  1. kerja bertangguh
      Oleh kerana kerja yang terlalu banyak menyebabkan saya membuat alasan untuk menangguhkan kerja. Semakin lama, semakin menimbun kerja yang terpaksa dilaksanakan. Natijahnya, penghasilan sesuatu kerja sudah tidak berkualiti dan tidak memuaskan.

  1. banyak perkara perlu perhatian
      Pada satu-satu masa, pelbagai kerja yang harus diselesaikan. Antaranya bahan bantu belajar, rancangan mengajar harian, laporan kepada guru besar, tugasan pensyarah yang perlu dihantar dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang menjadi buntu dan hilang arah panduan.

  1. Keluarga
      Sesebuah keluarga boleh menjadi pencetus kepada tekanan di tempat kerja. Ini kerana sesebuah keluarga adalah berlainan dari segi  cara didikan yang diterima, kepimpinan, saiz serta gaya hidup yang menjadi amalan dalam keluarga tersebut. Faktor latar belakang keluarga, tanggung jawab, taraf sosio ekonomi dan seumpamanya boleh membentuk sikap dan jenis manusia yang pelbagai.

  1. tidak cukup tidur
  2. tidak cukup rehat
  3. salah amalan pemakanan
  4. komunikasi
      Perhubungan sesama rakan sekerja yang kurang initm adalah berpunca daripada proses komunikasi yang tidak berkesan. Salah faham akan terbentuk dan adakalanya boleh menyebabkan fitnah dan umpat-mengumpat sesama rakan sekerja.

  1. pemikiran tak rasional
  2. silang budaya
  3. pencapaian rendah
  4. takut gagal
  5. keperluan hidup tinggi
 
sosial
pekerjaan
Persekitaran
perkahwinan
Perubahan dalam tanggung jawab kerja
kebisingan
perceraian
Kurang latihan
kesesakan
Kematian ahli keluarga
Hubungan lemah dengan bos dan rakan sekerja
Suhu terlalu panas atau sejuk
Pinjaman yang terlalu besar
Tindakan segera yang tidak munasabah
pencahayaan
Masalah anak, jiran dan mertua
Terbeban maklumat
pncemaran
Kesalahan undang-undang
Kurang meklumat
Cuaca / iklim
Perubahan rakan
Kurang ganjaran / gaji

Kurang sokongan sosial
diskriminasi

* sumber : Kimberly Robinson (1995) Stres Management Training
ciri-ciri tugas yang menyebabkan stres

KESAN-KESAN TEKANAN
-          Prestasi kerja
-          hubungan sesama rakan sejawat
-          prestasi diri
CARA MENANGANI TEKANAN KERJA