Memaparkan catatan dengan label Dinar dan Dirham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dinar dan Dirham. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

PERKEMBANGAN DINAR DAN DIRHAM DALAM FASA 1

Perkembangan Dinar Kelantan pada pandangan saya amat lemah walaupun masih tidak terkeluar daripada Konsep Teori Perkembangan yang saya utarakan dahulu. Banyak premis perniagaan hanya memaparkan sahaja logo menerima dinar tetapi apabila ditanya berapa orang yang menggunakannya dalam transaksi, jawapannya tiada langsung. Pada masa saya pergi ke pasar Siti Khadijah, saya melihat suatu papan tanda harga harian dinar dan dirham yang tidak dikemaskini. Lebih sebulan harganya tidak dikemasini untuk rujukan peniaga. Saya rasa itu adalah petanda bahawa urusniaga dengan dinar dan dirham masih tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.

Saya tidak rasa ini suatu kegagalan kerana urusniaga dengan D & D hanya akan berlaku diakhir fasa pertama. Itu pun masih meletakan nilai ringgit sebagai aras harganya. Telah saya nyatakan bahawa pada fasa ini galakan dan sokongan amat penting. Tidak kira sama ada daripada kerajaan atau swasta. Galakkan kepada semua rakyat supaya memiliki seberapa banyak kepingan D & D. Wujudkan kuasa pasaran D & D. Biar setiap satu keluarga memiliki paling kurang 1 dinar emas dan 3 keping dirham. Apabila keadaan ini berlaku barulah menampakan sedikit pergerakan dalam Fasa 1.

Walaupun begitu, secara puratanya galakan daripada kerajaan supaya rakyat menyimpan emas sedikit mempengaruhi rakyat. Dr. Mahadhir telah menyuarakannya dalam suatu laporan berita. Ini akan menyemarakkan lagi pemilikan dinar dalam masyarakat walaupun ada segelintir yang menyimpan emas dalam bentuk barang kemas. Seeloknya simpanlah emas dalam bentuk kepingan dinar untuk memudahkan urusniaga.

Cadangan saya, setiap orang Islam yang hendak mengeluarkan zakat supaya menukarkan wang zakat tersebut dengan D & D. Seterusnya berzakatlah secara terus kepada asnaf yang layak tanpa melalui mana-mana pusat zakat. Cara ini akan lebih mempercepatkan lagi lambakan D & D dalam masyarakat.

Cadangan kedua, kerajaan yang memperkenalkan D & D ini hendaklah memastikan bekalan sentiasa cukup. Banyakkan premis jualan D & D ke setiap daerah. Jangan biarkan bekalan putus kerana ini akan melambatkan perkembangan fasa 1 yang amat penting ini.

Bersama-samalah kita menyimpan "Dinar dan Dirham Untuk Keadilan Ekonomi"

Ahad, 17 Oktober 2010

FASA KEEMPAT DINAR DAN DIRHAM: KEARAH MELONJAKKAN KETAMADUNAN BARU

Pada fasa pertama dan fasa kedua melibatkan masyarakat sebagai penggerak utama. Fasa ketiga pula, kerajaan memainkan peranan dalam membentuk undang-undang berkaitan D & D. Dalam fasa keempat, penglibatannya menyeluruh meliputi kesemua peringkat masyarakat dan kerajaan. Seluruh tenaga dan usaha digembeling dalam perkembangannya mencakupi segenap aspek kegiatan ekonomi.

Fasa keempat adalah fasa terakhir dimana D & D menjadi ikon teras dalam setiap aktiviti ekonomi. D & D menjadi sandaran terhadap nilai dan harga. Dibantu oleh system maklumat yang canggih akan melonjakkan ekonomi berasaskan D & D ke tahap penguasaan ekonomi baru dunia menggantikan ekonomi kapitalis.

Pada fasa keempat, penggunaan mata wang D & D bukan sekadar dalam bentuk syiling tetapi juga dalam pelbagai bentuk yang lain seperti helaian sebagaimana wang kertas kita pada hari ini. Bentuk helaian dicipta untuk memudahkan penyimpanannya. Walaupun pelbagai bentuk dicipta sifatnya tidak berubah iaitu masih merupakan “pemegang nilai” yang baik.

Keadaan ini tidak mustahil berlaku kerana pencapaian teknologi dunia pada hari ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Ini disokong dengan penggunaan ICT yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

Ahad, 12 September 2010

KEARAH FASA KETIGA

Salam,
Buat masa ini, saya tidak ingin menyentuh lagi tentang fasa ketiga. Ini kerana fasa ketiga akan melibatkan kuasa tertinggi kerajaan dalam sesebuah negara berkaitan hal-ehwal kewangan. Dengan kata lain, fasa ketiga ini melibatkan penggubalan undang-undang, akta-akta dan penstrukturan Bank Negara. Semua urusan ini hanya boleh dibuat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan. Oleh itu bagi sesebuah kerajaan negeri, hanya boleh bertahan difasa kedua sahaja. Sekiranya semua pihak ingin melihat D&D menerajui tamadun suatu hari nanti, peralihan kuasa keraajaan pusat adalah amat perlu dan agenda ini perlu digalas oleh semua yang bergelar mukmin. Sebagaimana firman Allah bermaksud Allah mengishtiharkan perang ke atas pengamal-pengamal riba samalah dengan perang ke atas wang kertas yang menjadi punca terjadinya sistem riba. Marilah sama-sama kita menjadi mujahidnya. Ikhlaskanlah diri keranaNya. Insyaallah.

FASA KEDUA PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM

1. Apabila berlaku lambakan D & D dalam tangan rakyat,sudah tentu pemilikan RM akan menyusut. Ini seterusnya membawa kepada fasa kedua iaitu fasa pertukaran. Fasa pertukaran merujuk kepada pertukaran nilai sesuatu barangan yang pada asalnya ditentukan dengan RM akan digantikan dengan nilai D & D. ini akan berlaku secara meluas dalam ekonomi. Sebahagian besar sector perniagaan, pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya akan menjadikan harganya dalam D & D. fasa ini juga boleh disebut sebagai fasa peralihan.

Sebagai contoh, pada fasa ini, sebuah basikal mungkin akan dijual dengan 1 dinar. Bagi yang tidak mempunyai dinar akan membayar dengan RM. walaubagaimanapun nilai RM yang akan dibayar untuk mendapatkan sebuah basikal tersebut adalah tidak tetap. Nilainya akan bergantung kepada nilai semasa emas 1 dinar. boleh jadi pada pelanggan yang datang pada hari ini membayar RM500 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal tersebut sebaliknya pada hari esok pelanggan lain akan membayar RM520 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal yang sama. ini menunjukan asasnya adalah sama iaitu 1 dinar cuma RM yang akan berubah. inilah yang bakal terjadi pada difasa kedua ini.

antara tindakan yang perlu diambil untuk menghadapi fasa kedua ini adalah dengan memperbanyakkan penyebaran ilmu dalam pelbagai bentuk tentang penggunaan D & D, menjalankan penyelidikan berterusan terhadap sistem matawang D & D, memperkasa institusi ar-rahnu sebagai medium simpanan emas berkongsepkan mudharabah, di samping tidak melupakan peranan yang dibuat dalam fasa pertama iaitu kempen dan galakan.

diskusi ilmiah, seminar, bengkel, maklumat dalam buletin kerajaan negeri, ceramah-ceramah dan penerapan dalam pendidikan akan memastikan fasa ini akan berjaya dicapai. paling tidak dalam jangka masa 5 tahun. pada fasa ini sektor swasta akan menjadi penggerak utama kearah keberkesanan pencapaiannya. sektor swasta akan memacu dan menjadi kuasa pasaran seumpama tangan ghaib yang tidak mampu untuk ditangani oleh kerajaan. kuasa sektor swasta atau orang awam ini dapat mengalahkan undang-undang ciptaan kerajaan supaya D & D tidak dijadikan alat untuk berurusniaga. ini sahajalah caranya sekiranya kita ingin melihat D & D menerajui tamaddun pada suatu hari nanti. Kerajaan mulakan, orang awamlah yang memandunya. kearah mana ia akan dipandu, bergantung kepada jalan yang disediakan oleh kerajaan.

suatu perkara penting yang tidak boleh dilupakan pada fasa ini ialah memperkasa sistem ar-rahnu. ar-rahnu tidak lagi boleh dipandang sebagai pajak gadai islam semata-mata bahkan fungsi dan peranannya adalah lebih daripada itu. antaranya ar-rahnu bakal menjadi pengganti utama peranan bank dalam sistem wang kertas. penyelidikan perlu dibuat supaya ar-rahnu bakal menjadi bank D & D pada masa akan datang. pelbagai saranan dan idea para ilmuan, intele islam, pakar syariah boleh direalisasikan untuk mewujudkan bank D & D yang pertama di dunia.

pada pendapat saya, fasa kedua ini tidaklah begitu kompleks. pola dan tindakannya adalah masih merupakan kerja-kerja background daripada pihak kerajaan seperti pendidikan dan penyelidikan. manakala urusan niaga pasaran menggunakan D & D sedang rancak ditentukan oleh rakyat sendiri. oleh itu, dalam konteks kerajaan negeri kelantan, fasa kedua ini masih legal dan tidak mustahil untuk dicapai dalam jagka waktu yang signifikan. Diakhir fasa kedua, 60% daripada kegiatan ekonomi akan menjadikan D&D sebagai asas harga atas barangan atau perkhidmatan dan menunggu indikator-indikator baru untuk bergerak ke arah fasa ke tiga.

Ahad, 29 Ogos 2010

MEKANISMA PENGGUNAAN DINAR EMAS; SUATU CADANGAN

Salam buat semua. saya merasa terpanggil untuk terlibat sama dalam isu dinar emas yang menjadi topik terhangat di kalantan pada masa ini. saya amat menyokong penuh penggunaannya sebagi alat pertukaran. pelbagai pendapat telah disuarakan sebagai hujah menyokong dan menentang penggunaannya daripada orang politik hinggalah rakyat biasa. semuanya kelihatan lebih berunsur ramalan berbanding realiti sebenar. saya pun tidak terkecuali akan membawa teori fasa perkembangan dalam D & D ini. harapannya, sebagai langkah persediaan pihak terlibat untuk mengambil tidakan yang perlu dalam menangani arus perkembangannnya.
Saya rasakan penggunaan dinar emas akan melibatkan beberapa fasa. disini, saya membaqhagikan kepada 4 fasa yang penting. fasa pertama ialah fasa penerimaan. fasa kedua ialah fasa pertukaran. fasa ketiga ialah fasa perundangan dan sistem. fasa keempat ialah fasa perkembangan. antara keempat-empat fasa ini, fasa pertama adalah fasa yang terpenting yang menjadi jatuh bangunnya penggunaan D & D.
fasa pertama: pada peringkat ini, D & D akan dibeli oleh orang ramai sebagai kanang-kenangan. saya mengatakan demikian kerana orang ramai melihat D & D tidak lain hanyalah sebagai perhiasan sahaja. berduyun-duyun orang akan membelinya untuk di simpan. dengan beranggapan pada suatu masa, harganya akan naik dan boleh dijual semula untuk mendapatkan untung. mereka yang membelinya ini bukan sahaja daripada penyokong D & D, tetapi juga pengkritik, penentang dan non muslim. fasa ini adalah paling lama dalam keempat-empat fasa tersebut. mungkin memakan masa bertahun-tahun. saya menjangkakan dalam sepuluh tahun lamanya. dengan begitu banyak D & D dalam tangan rakyat jelata ini akan berlakulah sedikit urusan pertukaran. maka, berlakulah sedikit transaksi urusniaga pertukaran dengan D & D. beberapa buah kedai pun mengiklankan menerima D & D sebagai medium pertukaran barangan jualan mereka. walaubagaimanapun, berlaku sedikit masalah dimana harga jualan adalah berdasarkan RM tidak sepadan dengan nilai D & D secara tepat. masalah ini dapat ditangani secara mencukupkan nilainya dengan menggunakan RM. amalan ini telah digunakan secara meluas dikalangan peniaga-peniaga yang menerima D & D. secara ringkasnya, pada fasa ini, pemilikan D & D menjadi lambakan dalam pasaran dan sedikit aktiviti transaksi yang akan terhasil daripada lambakan tersebut. apabila ini berlaku, secara teorinya fasa pertama adalah telah berjaya dilaksanakan.
perkara yang perlu dibuat untuk menjayakan fasa ini adalah bermula daripada pihak kerajaan. peranan yang dimainkan oleh kerajaan adalah mengeluarkan D & D yang standard, mewar-warkan penggunaan D & D kepada rakyat, menggalakkan pemilikan D & D melalui kempen, memastikan kaunter-kaunter yang berurusan dengan agensi kerajaan menerima menerima D & D. kata kunci tindakan pada fasa pertama adalah "kempen dan galakan". sekiranya ini dapat dimainkan secara berkesan oleh semua pihak, tidak mustahil dalam fasa pertama ini dapat mencipta RM1 billion lambakan emas dalam masa hanya satu tahun. RM 1 billion sudah cukup bagi sebuah negeri yang kecil seperti kelantan untuk mengekalkan momentum dan bergerak kearah fasa yang kedua iaitu fasa pertukaran.