Rabu, 17 November 2010

ASSIGNMENT UNTUK MINGGU ROS (AKTIVITI 3)

Aktiviti 3

Soalan pertama : Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat.Di sinilah di semai,dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang sempurna.Peraturan sekolah adalah undang undang yang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat sekolah.

            Peraturan sekolah dapat di katakan sebagai disiplin.(tengok takrif disiplin dalam kamus dewan )



 Peraturan sekolah dapat di lihat dalam beberapa perkara seperti mana berikut :-

Peraturan sekolah

1-     Perhimpunan sekolah
2-     Pakaian seragam
3-     Rambut / kuku
4-     Tatatertib
5-     Masa rehat
6-     Kebersihan
7-     Bayaran khas / yuran sekolah
8-     Kehadiran
9-     Rawatan
10- Langkah keselamatan
11- Aktiviti kokurikulum
12- Lawatan pelawat
13- Kebakaran / kecemasan
14- Ketua darjah / Pengawas
15- Surat menyurat
16- Kegiatan luar
17- Budi pekerti / amalan
18- Jenis jenis kesalahan


Huraian kepada 18 perkara di atas

Peraturan sekolah

Peraturan sekolah diwujudkan berdasarkan kepada matlamat dan objektif tertentu.Antara matlamatnya ialah untuk memperbaki serta meningkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa.Seterusnya,untuk menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan dikalangan murid.Matlamat lain yang dapat di lihat ialah untuk melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggung jawab serta berdisiplin,bersatu padu,bersikap mulia,setia kepada Negara dan patuh kepada perintah agama.Dengan wujudnya masyarakat yang begitu,secara tidak langsung akan mempertingkatkan dan mengekalkan keyakinan masyarakat kepada sekolah.
           
            Itu adalah diantara matlamat diwujudkan peraturan sekolah,manakala objektifnya dapat di rumuskan untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kurikulum,kokurikulum,mutu disiplin,melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan indah.

Perkara pertama : Perhimpunan sekolah

1.1    Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.kehadiran semua guru dan pelajar adalah diwajibkan.
1.2    Hari perhimpunan adalah di tetapkan oleh pihak sekola iaitu pada mana mana hari persekolahan di dalam seminggu.
1.3    Apabila mendengar isyarat loceng isyarat perhimpunan,murid-murid hendaklah berjalan segera ke tempat perhimpunan di dalam keadaan tenang dan tidak bising.
1.4    Peraturan berbaris : murid yang rendah di hadapan dan murid yang tinggi di belakang.
1.5    Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat)hendaklah berbaris di barisan yang paling tepi.
1.6    Muruid-murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan Ketua Murid atau penolongnya.
1.7    Sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman yang disampaikan.
1.8    Hormat kepada lagu Kebangsaan dengan keadaan berdiri tegak.


Perkara kedua            :Pakaian seragam sekolah

2.         Untuk pakain seragam.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk lelaki dan
perempuan.

Murid lelaki

2.1.1        Seluar pendek / panjang berwarna biru gelap
2.1.2        Baju putih lengan pendek yang di pakai dengan sempurna dan mengikut peraturan sekolah.Berfesye biasa.
2.1.3        Kasut berwarna putih (bukan kasut kulit) dan sarung kaki putih.Sekiranya bertali pinggang,hendaklah berwarna gelap dan tidak berkepala besar dan tidak berhias.
2.1.4        Baru dalam putih dan baju PJ sekolah sahaja di benarkan.






Murid perempuan

2.1.5        Murid Islam di galakkan memakai baju kurung warna putih dan kain sarung warna biru tua.Mini telekung dengan anak tudung warna putih.Murid yang bukan beragama islam di kecualikan.
2.1.6        Kasut dn stoking adalah sama dengan pelajar lelaki.
2.1.7        Dilarang memakai alat solek dan barang barang kemas ke sekolah.

2.2       Pakaian pendidikan Jasmani
2.2.1    Baju putih T dan seluar trek berwarna biru tua atau hitam.

2.3       Lencana sekolah   

2.3.1        Murid murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) sama ada hari hari persekolahan biasa atau semasa menertai aktiviti lawatan kokurikulum.


Perkara ketiga : Rambut dan kuku

3.1              murid lelaki tidak boleh berambut panjang iaitu rambut tidak boleh mencecah kolar baju atau cuping telinga
3.2              rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah di dandan atau pun di ikt dengan kemas mengunakan reben warna biru tua.
3.3              Rambut hendaklah bersih dan di sikat dengan kemas.
3.4              Murid di larang menyimpan kuku panjang.
3.5              Murid-murid juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung / mini telekung berwarna putih,berukuran sesuai dengan  murid –murid yang memakainya.Murid murid lelaki juga di benarkan memakai sogkok berwarna hitam.Adalah berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.4/1976 bertarikh 10 Mac 1976.

Perkara ke empat : Tatatertib

4.1              Di kelas

4.1.1        Semua murid di kehendaki berada di kelas pada setiap masa didalam keadaan senyap dan bersopan santun.
4.1.2        Murid murid tidak di benarkan  meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.
4.1.3        Sentiasa menjalankan tugas yang di pertanggung jawabkan seperti menjaga kebersihan da kekemasan bilik.
4.1.4        Tidak dibenarkan makan ataupun minum di dalam kelas.
4.1.5        Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan di dalam kelas.
4.1.6        Sekiranya di perlukan,alat alat elektrik boleh dipasang dan mesti ditutup sebelum meninggalkan kelas.
4.1.7        Muridmurid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual yang di tetapkan.
4.1.8        Murid-murid dikehendaki beratus di luar kelas pada waktu pagi iaitu sebelum kelas bermula dan pada waktu akhir persekolahan.(sebelum balik)

4.2              Dalam kawasan sekolah

4.2.1        murid murid tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar /  Wakilnya.
4.2.2        Tidak dibenarkan berlari / bising atau meronda di kawasan sekolah.
4.2.3        Sssentiasa membuat barisan dan bejalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutama masa ke tempat perhimpunan dan waktu pulang.
4.2.4        Dilarang menghampiri atau masuk ke Bilik Guru Besar,pejabat,bilik guru,bilik cetak,tandas guru,bilik alatan,setor sukan,bilik manipulatif,bilik larangan dan lain lain kecuali mendapat kebenaran guru.

4.3              harta benda sekolah

4.3.1        Setiap orang murid hendaklah bertanggung jawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi,meja,papan kenyataan,peralatan dan lain lain.Sebarang kecurian,kerosakan,kekotoran dan lain lain hendaklah di laporkan segera kepada guru kelas ataupun guru bertugas.Mereka yang terlibat boleh di denda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya.

4.4              Buku Teks / SPBT

4.4.1        Buku teks yang di pinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastic supaya tidak rosak atau hilang.Buku yang rosak atau hilang mestlah diganti atau di bayar mengikut harganya.
4.4.2        Pelajar tidak di benarkan meninggalkan buku teks di sekolah.


4.5              Alatan Sukan.

4.5.1        Mengambil,menggunakan aatan pendidikan Jasmani/permainan/sukan mestilah mendapat kebenaran guru yang berkenaan.
4.5.2        Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya adalah menjadi tanggung jawab mereka yang berkenaan.
4.5.3        Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam setor dalam keadaan yang baik.
4.5.4        Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran Jasmani juga di kehendaki berada di lapangan pendidikan Jasmani (di padang).





4.6              Pusat Sumber Sekolah.

4.6.1        Pinjaman / Pemulangan buku buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan yang di berikan.
4.6.2        Murid murid dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap.Murid murid hendaklah sentiasa senyap supaya tidak mengganggu pelajar-pelajar lain.

5.         Masa Rehat

5.1              Murid dikehendaki membeli makanan di kantin bukannya di kedai kedai-kedai luar / daripada penjaja.
5.2              Mengamalkan doa sebelum makan.
5.3              Murid-murid tidak dibenarkan berada di kelas semasa rehat kecuali dengan kebenaran guru.
5.4              Murid-murid bertaggun jawab menjaga kebersihan kantin.Sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang di sediakan.
5.5              Berhenti makan atau minum setelah loceng rehat di bunyikan.
5.6              Bekas-bekas makanan seperti pinggang mangkuk dan gelas hendaklah di kumpulkan di tempat yang telah di sediakan.

6.         Kebersihan

6.1              Kebersihan bilik darjah adalah tanggung jawab kelas masing masing.
6.2              Sampah hendakla di buang ke dalam tong ang di sediakan.
6.3              Tidak di benarkan menconteng atau mengotori mana mana dinding sekolah.
6.4              Tandas hendaklah di gunakan sebaik baiknya.
6.5              Segera menutup paip air setelah di gunakan.
6.6              Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan lebihan makanan kedalam singki tandas.
6.7              Tidak dibenarkan meludah di merata rata tempat.

7.         Bayaran khas / Yuran sekolah

7.1              Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama persekolahan semester pertama.Sijil berhenti sekolah atau keputusan-keputusan peperiksaan tidak akan di keluarkan kepada murid yang gagal menjelaskannya.
7.2              Bayaran hendaklah di buat melalui guru kelas masing masing.Resit akan dikeluarkan dan hendaklah di simpan sebagai bukti pembayaran.

8.         Kehadiran

8.1              Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari persekolahan kecuali sakit.Surat Akuan Doktor / Ibu Bapa / Penjaga hendaklah di hantar kepada pihak sekolah untuk di rekodkan.
8.2              Murid-murid dikehendak berada di sekolah sekurang kurangnya sepuluh minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
8.3              Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka di dalam Buku Rekod kehadiran Lewat oleh pengawas yang bertugas.Jika tiga kali,mengikut catatan rekod tersebut,satu surat akan di hantar kepada penjaga untuk memberitahu perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
8.4              Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah di kira sebagai ponteng.Jikatidak hadir tiga hari berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarka surat peringatan kepada penjaga.Setelah 3 kali surat peringatan di hantar,tetapi masih juga tidak hadir ke sekolah.Murid berkenaan boleh di singkirkan / di buang sekolah.
8.5              Jika murid terpaksa pulang lebih awal dari waktu biasa oleh sebab-sebab tertentu,hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan di rekodkan ke dalam buku yang di sediakn di pejabat sekolah.

9.         Surat rawatan

9.1              Murid-murid yang perlukan rawatandoktor bolehlah mendapatkan surat rawatan yang di sediakan di sekolah.
9.2              Murid yang perlu rawatan kecemasan semasa belajar mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

10.       Langkah keselamatan

10.1          Murid-murid dilarang membawa pisau / benda merbahaya / alat permaianan ke sekolah.
10.2          Letakkan basikal di tempat yang di sediakan dan di kunci.
10.3          Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan.Murid-murid tidak boleh berada atau bermaian di kawasan tersebut.
10.4          Murid-murid di larang berbasikal di kawasan sekolah.
10.5          Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah atau van hendaklah beratur mengikut peraturan.
10.6          Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati hati ketika di jalan raya.
10.7          Murid-murid mesti beratus semasa henda pulang selepas loceng akhir dari bilik darjah hingga ke pintu pagar sekolah.Tidak dibenarkan memecahkan barisan sama sekali.
10.8          Murid-murid mesti menjaga hak sendiri seperti wang,peralatan sekolah supaya tidak hilang.
10.9          Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas yang berharga pada bila bila masa persekolahan.
10.10      Jika kehilangan sesuatu barang berharga,hendaklah segera di beritahu keada guru dan jika terjumpa barang barang bukan milik sendiri hendaklah di srahkan kepada guru.

11.       Kegiatan aktiviti ko-kurikulum

11.1          Setiap murid tahun 4,5 dan 6 di mestikan menyertai ketiga-tiga aktiviti berikut :-
1)      Persatuan / Kelab
2)      Pakaian seragam
3)      Permaianan

11.2          kehadiran di wajibkan setiap kali di adakan aktiviti dengan berpakaian lengkap dan kemas.
11.3          Selipar dan baju T yang pelbaga tidak di benarkan
11.4          Seiranya tidak hadir 3 kali berturut turut tanpa sebab,tindakan disiplin akan di kenakan.

12.       Lawatan Pelawat

12.1          Murid-murid di kehendaki menghormati mana mana pelawat yang hadir ke sekolah
12.2          Segera membuat laporan kepada guru jika di syaki atau melihat  watak yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.

13.       Latihan kebakaran / kecemasan
                                      
13.1          Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan semasa latihan kecemasa di jalankan.

14.       Ketua darjah / Pegawas
                   
14.1          Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa ,berkeadaan kemas dan sentiasa rapi.
14.2          Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan.
14.3          Sentiasa memberi kerjasama kepada guru guru dan kakitangan sekolah apabila diperlukan.
14.4          Sentiasa peka dan bertangung jawab agar dihormati da di patuhi oleh murid-murid lain.

15.       Surat menyurat

15.1          Surat yang di kirim kepada murid sekolah ini melalui alamat sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau Wakilnya
15.2          Sekiranya terdapat surat yang isinya menyeleweng dan tidak secucuk dengan taraf sebagai pelajar,tindakan akan diambil

16.       Kegiatan luar.

16.1          Murid-murd dilarang menyertai atau meibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah keuali mendapat kebenaran bertulis daripada guru / ibubapa / penjaga.

17.       Budi pekerti / tingkah laku /kelakuan yang patut diamalkan.

17.1          Murid-murid hendaklah sentiasa patuhi segala arahan / pesanan nasihat dan amalan yang diberikan oleh guru.
17.2          Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik disekolah dan di luar sekolah.
17.3          Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru / kakitangan sekolah/kawan kawan.
17.4          Sentiasa menghormati lagu lagu Negaraku,Lagu Negeri Pahang,Lagu Sekolah juga bendera Negara dan Negeri.
17.5          Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
17.6          Sentiasa memberi ucapan salam apabila bertemu dengan guru guru ataupun orang lebih tua.

18.       Jenis-jenis kesalahan

18.1          Tingkah laku jenayah

18.1.1    Berjudi
18.1.2    Mencuri
18.1.3    Melawan,mengancam,memukul,mencederakan guru,kakitangan sekolah,pengawas,ketua kelas dan murid-murid lain.
18.1.4    Memeras ugut / membuli
18.1.5    Membawa senjata tajam
18.1.6    Mencabul kehormatan
18.1.7    Menceroboh bilik khas,kedai buku,pejabat dan surau sekolah.
18.1.8    Menunjuk perasaan dan mengganggu ketenteraman awam.
18.1.9    Bertaruh / unsur-unsur judi.


18.2          Tingkah laku lucah

18.2.1    Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
18.2.2    Mengeluarkan kata-kata / perbuatan lucah
18.2.3    Melukis gambar / menulis kata-kata dan gambar lucah.
18.2.4    Menulis dan menerima surat cinta.

18.3          Tingkah laku tidak mementingkan masa

18.3.1    Berkeliaran di kawasa sekolah
18.3.2    Hadir lewat ke sekolah
18.3.3    Lewat ke perhimpunan.

18.4          Tingkah laku kurang sopan dan biadab

18.4.1    Berkelakuan kasar terhadap guru.
18.4.2    Berkelakuan kasar terhadap Pengawas / Ketua kelas
18.4.3    Berkelakuan kasar terhadap murid lain /rakan
18.4.4    Berbahasa kesat
18.4.5    Menyimpan / menghisap rokok
18.4.6    Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
18.4.7    Tidak menghormati guru
18.4.8    Tidak menghrmati pengawas / ketua kelas
18.4.9    Tidak menghormati bulan puasa ,makan dan minum di khalayak ramai.

18.5          Tingkah laku tidak jujur / Menipu

18.5.1    Ponteng sekolah / kelas /perhimpunan.
18.5.2    Penipuan yang melibatkan kepercayaan
18.5.3    Penipuan yang melibatkan harta benda / barangan.

18.6          Ponteng

18.6.1    Ponteng sekola / kelas / perhimpunan.
18.6.2    Ponteng kegiatan kokurikulum.
18.6.3    Ponteng ujian / peperiksaan































Soalan kedua :           Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?


Di Sekolah Kebangsaan Bukit Goh,murid-murid di dedahkan dengan peraturan-peraturan sekolah di setiap masa.Diantara cara yang dapat di lihat melalui pemerhatian yang di buat ialah :-

a) Buku peraturan sekolah

Buku ini merakam semua peraturan yang terdapat di sekolah dan ianya di edarkan kepada semua murid dan mereka wajib memilikinya.

b) Pengumuman di perhimpunan.

Apabila wujud sebarang perkara yang melibatkan peraturan sekolah,ianya akan di umumkan di perhimpunan mingguan untuk pengetahuan semua pelajar.

c) Pemberitahuan kepada mereka yang di hukum.

Sebelum mana-mana pelajar di hukum , akan di beritahu terlebih dahulu tentang kesalahan yang di lakukan dan ini juga salah satu daripada cara yang digunakan supaya murid tahu tentang peraturan peraturan tersebut.
























Soalan ketiga             :           Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah ?

Masalah disiplin adalah tanggung jawab bersama seua warga sekolah.Guru disiplin hanyalah orang yang bertanggung jawab menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih teratur.Perkara ini boleh dilihat secara lebih jelas lagi dengan lukisan gambar rajah di bawah.


Kesalahan

Maklumat dari
ketua Darjah/ Pengawas

Maklumat dari
Guru / Guru bertugas

Guru Disiplin


Penyelesaian


Selesai
(Di rekodkan)

Kes pertama
( Hukuman)

Selesai
(Di rekodkan)

Selesai
(Di rekodkan)

Kes Kedua
Penjaga di Panggil

Selesai
(Di rekodkan)



Kes ketiga
Untuk kes ketiga bagi pelajar yang sama.Biasanya pelajar ini digantung sekolah ataupun di buang sekolah.


Berdasar kepada gambar rajah di atas,dapat lah di jelaskan bahawa setiap kesalahan akan di laporkan oleh dua pihak iaitu pelajar (Pengawas / Ketua Kelas) dan Guru.Pekara ini akan di bawa kepada guru disiplin.Di peringkat guru disiplin ini penyelesaian terhadap masalah disiplin akan di buat.Bagi kes pertama pelajar ini akan di beri peringatan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.Sebagai contoh,untuk kesalahan bergaduh,murid akan di beri amaran dan di kenakan hukuman sekali rotan.Manakala untuk kesalahan yang kedua,pihak penjaga akan di panggil untuk membuat perbincangan dengan pihak sekolah dan jalan penyelesaian untuk permasalahan ini akan buat.Bagi kesalahan yang berlarutan sehingga ke peringkat yang ketiga.Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut,sama ada dengan menggantung persekolahan pelajar terbabit ataupun mengenakan hukuman buang sekolah.

ASSIGNMENT UNTUK MINGGU ROS (AKTIVITI 2)

Aktiviti 2

Lukiskan pelan dua buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini.Bagi setiap kelas jawab soalan-soalan berikut :-


Pelan kelas pertama ( Darjah Satu Taufik )




















Pelan kelas kedua    ( Darjah Satu Hidayah )


Jawapan untuk soalan aktiviti 2


Soalan satu : 

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran di letakkan dikelas dan bagaimanana ianya digunakan?

Kelas          :    Ianya di letakkan di bahagian belakang kelas dan di tampal di ruang Taufik                    khusus untuk setiap mata pelajaran yang di ajar.


Kelas          :     Barang barang juga di letakkan di belakang kelas dan di tampal di ruang
Hidayah            yang khusus untuk setiap mata pelajaran.


Soalan dua :  

Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila di perlukan?

Kelas          :    Bahan-bahan yang boleh di gunakan oleh murid-murid ialah bahan
Taufik               bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di bahagian belakang kelas.

Kelas          :    Bahan-bahan yang boleh digunakan oleh murid ialah bahan
Hidayat            bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di bahagian belakang kelas.


Soalan tiga :  

Sejauh manakah pergerakkan murid di benarkan?

Kelas          :    Murid-murid dibenarkan bergerak secara individu untuk keluar kelas sama Taufik                      ada untuk ke tandas ataupun untuk lain-lain hal.Ini kerana mereka di
wajibkan memakai kad keluar masuk kelas.Manakala hal hal yang
berkaitan dengan waktu pengajaran dan pembelajaran,mereka di minta untuk bergerak secara berkumpulan,mengikut kumpulan yang telah di susun atur.

Kelas          :    Murid murid di benarkan keluar dari kelas untuk ke tandas ataupun untuk Hidayah         lain lain hal secara individu.Manakala,sewaktu waktu pengajaran dan
pembelajaran,mereka di benarkan untuk bergerak menulis di papan hitam
secara individu ataupun berkembar bersama rakan semeja yang telah di
susun atur.



Soalan empat :          

Kenal pasti caramana murid di letakkan di dalam kumpulan.

Kelas        :      Murid-murid di letakkan secara berkumpulan (berkembar enam )mengikut
Taufik               tahap kepintaran mereka yang di uji melalui satu ujian peperiksaan.Murid
murid yang kurang cerdik di letakkan di dalam kumpulan yang berada di
hadapan dan seterusnya di ikuti oleh kumpulan yang lebih pandai.

Kelas        :      Murid-murid di letakkan secara berkembar dan susun atur mereka Hidayah       berdasarkan kepada tahap kepintaran mereka di dalam menjawab
peperiksaan yang d adakan.Seperti Kelas Taufik juga,pelajar yang kurang
cerdik di letakkan di bahagian hadapan dan seterusnya di ikuti oleh
mereka yang lebih pandai.


Soalan Kelima :

Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua dua kelas tersebut.

Perbezaan yang terdapat untuk dua kelas tersebut boleh di rumuskan kepada beberapa perkara seperti di bawah ini.

1) Nama kelas  :          

Nama kelas pertama di kenali sebagai kelas Taufik,manakala kelas kedua di kenali sebagai kelas Hidayah.

2) Bilangan murid dari segi jantina :       

Bilangan murid lelaki di kelas Taufik adalah seramai 20 orang dan perempuan seramai 10 orang ,manakala  bilangan murid lelaki di kelas Hidayah seramai 16 orang dan bilangan murid perempuan seramai 14 orang..

3) Susun atur meja

Kelas Taufik di susun atur secara berkembar enam di dalam satu kumpulan besar.Manakala Kelas Hidayah di susun secara berkembar dua,tidak berdasarkan kumpulan.

4 ) Keaktifan murid

Murid di kelas Hidayah lebih berminat untuk belajar berbanding dengan kelas Taufik.Manakala Kelas Taufik lebih gemar berinteraksi sesama sendiri.


Soalan ke enam :

Apakah yang membuatkan ianya berbeza.

Faktor-faktor yang membuatkan ianya berbeza mungkin dapat di rumuskan melalui beberapa aspek.Diantaranya sebagaimana berikut :

1)           Faktor perbezaan nama adalah kerana perbezaan kepintaran murid murid di dalam kelas.Pelajar di kelas Hidayah di dapati lebih pintar berbanding dengan pelajar di kelas Taufik.
2)           Susun atur meja dan kerusi di kedua dua kelas tersebut berbeza kerana tahap kepintaran pelajar juga berbeza.Pelajar di kelas Taufik di letakkan secara berkumpulan supaya senang dikawal dan senag di beri penumpuan semama mereka berada di waktu pembelajaran.Manakala kelas Hidayah di letakkan secara berkembar kerana ,kebolehan mereka di katakan setara diantara satu sama lain.Kebolehan yang setara memudahkan guru untuk mengajar.
3)            

Ahad, 14 November 2010

SAINS DIPANDU OLEH AL-QURAN

Saya terfikir ada baiknya sekiranya subjek sains yang sedang diajar di sekolah-sekolah pada masa ini dimasukkan ayat al-Quran sebagai asas teorinya. Contohnya pada tajuk sistem pembiakan manusia, pada pendahuluan tajuk tersebut ada petikan al-Quran disertakan dengan maksudnya sekali. Antara ayat yang boleh dimasukkan adalah yang berkisar tentang penciptaan manusia.

Begitu juga dengan tajuk-tajuk yang lain. Bahagian pendahuluan setiap tajuk disertakan dengan ayat-ayat al-Quran sebagai asas ilmu. Ini kerana setiap disiplin ilmu sains itu ada perkaitan dengan ayat-ayat al-Quran. Untuk dijadikan sebagai buku teks mungkin banyak pancarobanya. Walaubagaimanapun ia boleh dijadiakan sebagai alternatif kepada buku rujukan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Mungkin ini adalah baru. Setidak-tidaknya dapat menjadi medium dakwah dan perkembangan ilmu-ilmu islam. Apa yang jelas al-Quran adalah menyeluruh dan meliputi setiap aspek kehidupan manusia.

Selasa, 9 November 2010

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA

SALAM BUAT SEMUA,



Salam...
Saya telah menyertai satu program yang berkongsepkan kongsi untung di antara syarikat dengan ahli club. Setiap ahli Club Asteria akan diberi point yang dinamakan 'Asterios'. Semakin banyak asterios yang diperolehi, semakin banyaklah keuntungan yang diberikan oleh syarikat kepada setiap ahli. Ahli boleh diberi keuntungan sehingga mencapai 400 USD seminggu tanpa perlu berbuat apa-apa. Tidak perlu menaja dan menjual apa-apa. Bagi ahli yang rajin mengajak orang lain menyertai Club Asteria, mereka diberi imbuhan tambahan atas usaha mereka. Tiada tekanan, tiada paksaan...hanya tunggu keuntungan....
Cubalah kelainannya.


http://www.asteria2u.com/?id=hanyaair


PENGASASNYA IALAH ANDREA LUCAS IAITU SALAH SEORANG BEKAS DIRECTOR WORLD BANK.


PADA MULANYA SAYA BERASA TIDAK YAKIN. TETAPI APABILA DISELIDIKI PROFIL SYARIKAT, TERNYATA SYARIKAT INI ADALAH SYARIKAT SAH BERDAFTAR DI AMERIKA SYARIKAT. ANDREA LUCAS BERPENGALAMAN BERPULUH TAHUN DALAM MENJADI PENGARAH WORLD BANK. BELIAU BANYAK BERTEMU DENGAN KENALAN PELBAGAI NEGARA. DAN HARI INI (9 NOVEMBER) SECARA RASMINYA SYARIKAT TELAH MELANCARKAN FACEBOOKNYA (OFFICIAL FACEBOOK).


'TIADA TEKANAN, TIADA PAKSAAN (BUKANNYA MLM) CUMA TUNGGU KEUNTUNGANNYA"


MUNGKIN ANDA TERTANYA-TANYA BAGAIMANA NAK DAPATKAN 400USD DALAM SEMINGGU? SILA KLIK LINK DI BAWAH DAN CHAT DENGAN ADMIN:
http://www.asteria2u.com/?id=hanyaair

Ahad, 17 Oktober 2010

FASA KEEMPAT DINAR DAN DIRHAM: KEARAH MELONJAKKAN KETAMADUNAN BARU

Pada fasa pertama dan fasa kedua melibatkan masyarakat sebagai penggerak utama. Fasa ketiga pula, kerajaan memainkan peranan dalam membentuk undang-undang berkaitan D & D. Dalam fasa keempat, penglibatannya menyeluruh meliputi kesemua peringkat masyarakat dan kerajaan. Seluruh tenaga dan usaha digembeling dalam perkembangannya mencakupi segenap aspek kegiatan ekonomi.

Fasa keempat adalah fasa terakhir dimana D & D menjadi ikon teras dalam setiap aktiviti ekonomi. D & D menjadi sandaran terhadap nilai dan harga. Dibantu oleh system maklumat yang canggih akan melonjakkan ekonomi berasaskan D & D ke tahap penguasaan ekonomi baru dunia menggantikan ekonomi kapitalis.

Pada fasa keempat, penggunaan mata wang D & D bukan sekadar dalam bentuk syiling tetapi juga dalam pelbagai bentuk yang lain seperti helaian sebagaimana wang kertas kita pada hari ini. Bentuk helaian dicipta untuk memudahkan penyimpanannya. Walaupun pelbagai bentuk dicipta sifatnya tidak berubah iaitu masih merupakan “pemegang nilai” yang baik.

Keadaan ini tidak mustahil berlaku kerana pencapaian teknologi dunia pada hari ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Ini disokong dengan penggunaan ICT yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

Rabu, 15 September 2010

SUMBANGAN CARA BARU: ALTERNATIF KEPADA SEMUA

Salam,
Apabila saya singgah solat di sebuah Masjid untuk solat zohor, ternampak kain rentang yang memohon sumbangan untuk menambah baik bangunan masjid. Ternyata bangunan masjid telah lama dan uzur. Mungkin sumbangan yang diperlukan adalah mencapai ratusan ribu ringgit. Diharapkan, Allah membukakan pintu hati orang yang ingin membersihkan hartanya ke arah Islam.
Saya terfikir ada baiknya Syarikat Korporat atau orang ramai memberi sumbangan kepada institusi masjid dengan kaedah yang saya cuba utarakan ini. Ini kerana faedahnya akan dirasai bukan sahaja kepada penerima tetapi juga pelbagai pihak termasuk pihak masjid, pihak penderma, penduduk setempat akan terkesan dengan pelaksanaannya. Kaedahnya begini; pihak yang berminat untuk memberi sumbangan kepada masjid perlu membuat lawatan mengejut pada mana-mana waktu solat ke masjid yang dingini. Jangan dimaklumi terlebih dahulu kepada pihak masjid atau orang ramai. Selepas selesai solat, maklumkan kepada pengurusan masjid bahawa ada sumbangan yang hendak disampaikan kepada jemaah yang hadir ke masjid. Sekiranya sumbangan tersebut banyak, boleh diagihkan kepada setiap jemaah yang hadir bersolat. Sebaliknya, sekiranya sumbangan tersebut sedikit, boleh dibuat cabutan bertuah atau memilih berdasarkan asnaf yang layak menerima sumbangan. Sudah tentu mereka yang hadir bersolat jemaah pada waktu tersebut bergembira dengan sumbangan yang diterima. Sumbangan begini perlu diperluas ke masjid-masjid lain mengikut kaedah yang sama.
Contohnya Syarikat Usahawan Syurga ingin menderma sebanyak RM2000. Wakil syarikat pergi ke sebuah masjid dan bersolat asar secara berjemaah di sana. Selepas selesai solat, imam memaklumkan kepada setiap orang yang hadir bersolat bahawa mereka akan menerima sumbangan daripada syarikat. Syarikat membahagikan RM100 seorang kepada 20 orang jemaah yang hadir bersolat. Pihak masjid mengeluarkan surat penerimaan derma kepada syarikat.
Dalam contoh di atas, wang tunai digunakan sebagai sumbangan. Dalam hal lain, pelbagai bentuk boleh dibuat sumbangan seperti barangan, perkhidmatan, baucer membeli belah, tiket pelancongan, bilik penginapan dan sebagainya.
Antara kebaikan sumbangan seperti ini adalah:
1. Menghidupkan aktiviti masjid.
2. Menggalakkan orang ramai menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.
3. Mendekatkan hubungan silaturrahim sesama jemaah, ahli jemaah dengan pengurusan masjid
4. Mengeratkan hubungan antara pihak pederma dengan ahli kariah
5. Mempromosi Syarikat dan produk kepada penduduk setempat melalui masjid.
6. Menyuburkan rasa ukhwah islamiah

Ahad, 12 September 2010

KEARAH FASA KETIGA

Salam,
Buat masa ini, saya tidak ingin menyentuh lagi tentang fasa ketiga. Ini kerana fasa ketiga akan melibatkan kuasa tertinggi kerajaan dalam sesebuah negara berkaitan hal-ehwal kewangan. Dengan kata lain, fasa ketiga ini melibatkan penggubalan undang-undang, akta-akta dan penstrukturan Bank Negara. Semua urusan ini hanya boleh dibuat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan. Oleh itu bagi sesebuah kerajaan negeri, hanya boleh bertahan difasa kedua sahaja. Sekiranya semua pihak ingin melihat D&D menerajui tamadun suatu hari nanti, peralihan kuasa keraajaan pusat adalah amat perlu dan agenda ini perlu digalas oleh semua yang bergelar mukmin. Sebagaimana firman Allah bermaksud Allah mengishtiharkan perang ke atas pengamal-pengamal riba samalah dengan perang ke atas wang kertas yang menjadi punca terjadinya sistem riba. Marilah sama-sama kita menjadi mujahidnya. Ikhlaskanlah diri keranaNya. Insyaallah.

FASA KEDUA PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM

1. Apabila berlaku lambakan D & D dalam tangan rakyat,sudah tentu pemilikan RM akan menyusut. Ini seterusnya membawa kepada fasa kedua iaitu fasa pertukaran. Fasa pertukaran merujuk kepada pertukaran nilai sesuatu barangan yang pada asalnya ditentukan dengan RM akan digantikan dengan nilai D & D. ini akan berlaku secara meluas dalam ekonomi. Sebahagian besar sector perniagaan, pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya akan menjadikan harganya dalam D & D. fasa ini juga boleh disebut sebagai fasa peralihan.

Sebagai contoh, pada fasa ini, sebuah basikal mungkin akan dijual dengan 1 dinar. Bagi yang tidak mempunyai dinar akan membayar dengan RM. walaubagaimanapun nilai RM yang akan dibayar untuk mendapatkan sebuah basikal tersebut adalah tidak tetap. Nilainya akan bergantung kepada nilai semasa emas 1 dinar. boleh jadi pada pelanggan yang datang pada hari ini membayar RM500 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal tersebut sebaliknya pada hari esok pelanggan lain akan membayar RM520 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal yang sama. ini menunjukan asasnya adalah sama iaitu 1 dinar cuma RM yang akan berubah. inilah yang bakal terjadi pada difasa kedua ini.

antara tindakan yang perlu diambil untuk menghadapi fasa kedua ini adalah dengan memperbanyakkan penyebaran ilmu dalam pelbagai bentuk tentang penggunaan D & D, menjalankan penyelidikan berterusan terhadap sistem matawang D & D, memperkasa institusi ar-rahnu sebagai medium simpanan emas berkongsepkan mudharabah, di samping tidak melupakan peranan yang dibuat dalam fasa pertama iaitu kempen dan galakan.

diskusi ilmiah, seminar, bengkel, maklumat dalam buletin kerajaan negeri, ceramah-ceramah dan penerapan dalam pendidikan akan memastikan fasa ini akan berjaya dicapai. paling tidak dalam jangka masa 5 tahun. pada fasa ini sektor swasta akan menjadi penggerak utama kearah keberkesanan pencapaiannya. sektor swasta akan memacu dan menjadi kuasa pasaran seumpama tangan ghaib yang tidak mampu untuk ditangani oleh kerajaan. kuasa sektor swasta atau orang awam ini dapat mengalahkan undang-undang ciptaan kerajaan supaya D & D tidak dijadikan alat untuk berurusniaga. ini sahajalah caranya sekiranya kita ingin melihat D & D menerajui tamaddun pada suatu hari nanti. Kerajaan mulakan, orang awamlah yang memandunya. kearah mana ia akan dipandu, bergantung kepada jalan yang disediakan oleh kerajaan.

suatu perkara penting yang tidak boleh dilupakan pada fasa ini ialah memperkasa sistem ar-rahnu. ar-rahnu tidak lagi boleh dipandang sebagai pajak gadai islam semata-mata bahkan fungsi dan peranannya adalah lebih daripada itu. antaranya ar-rahnu bakal menjadi pengganti utama peranan bank dalam sistem wang kertas. penyelidikan perlu dibuat supaya ar-rahnu bakal menjadi bank D & D pada masa akan datang. pelbagai saranan dan idea para ilmuan, intele islam, pakar syariah boleh direalisasikan untuk mewujudkan bank D & D yang pertama di dunia.

pada pendapat saya, fasa kedua ini tidaklah begitu kompleks. pola dan tindakannya adalah masih merupakan kerja-kerja background daripada pihak kerajaan seperti pendidikan dan penyelidikan. manakala urusan niaga pasaran menggunakan D & D sedang rancak ditentukan oleh rakyat sendiri. oleh itu, dalam konteks kerajaan negeri kelantan, fasa kedua ini masih legal dan tidak mustahil untuk dicapai dalam jagka waktu yang signifikan. Diakhir fasa kedua, 60% daripada kegiatan ekonomi akan menjadikan D&D sebagai asas harga atas barangan atau perkhidmatan dan menunggu indikator-indikator baru untuk bergerak ke arah fasa ke tiga.