Ahad, 12 September 2010

KEARAH FASA KETIGA

Salam,
Buat masa ini, saya tidak ingin menyentuh lagi tentang fasa ketiga. Ini kerana fasa ketiga akan melibatkan kuasa tertinggi kerajaan dalam sesebuah negara berkaitan hal-ehwal kewangan. Dengan kata lain, fasa ketiga ini melibatkan penggubalan undang-undang, akta-akta dan penstrukturan Bank Negara. Semua urusan ini hanya boleh dibuat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan. Oleh itu bagi sesebuah kerajaan negeri, hanya boleh bertahan difasa kedua sahaja. Sekiranya semua pihak ingin melihat D&D menerajui tamadun suatu hari nanti, peralihan kuasa keraajaan pusat adalah amat perlu dan agenda ini perlu digalas oleh semua yang bergelar mukmin. Sebagaimana firman Allah bermaksud Allah mengishtiharkan perang ke atas pengamal-pengamal riba samalah dengan perang ke atas wang kertas yang menjadi punca terjadinya sistem riba. Marilah sama-sama kita menjadi mujahidnya. Ikhlaskanlah diri keranaNya. Insyaallah.

FASA KEDUA PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM

1. Apabila berlaku lambakan D & D dalam tangan rakyat,sudah tentu pemilikan RM akan menyusut. Ini seterusnya membawa kepada fasa kedua iaitu fasa pertukaran. Fasa pertukaran merujuk kepada pertukaran nilai sesuatu barangan yang pada asalnya ditentukan dengan RM akan digantikan dengan nilai D & D. ini akan berlaku secara meluas dalam ekonomi. Sebahagian besar sector perniagaan, pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya akan menjadikan harganya dalam D & D. fasa ini juga boleh disebut sebagai fasa peralihan.

Sebagai contoh, pada fasa ini, sebuah basikal mungkin akan dijual dengan 1 dinar. Bagi yang tidak mempunyai dinar akan membayar dengan RM. walaubagaimanapun nilai RM yang akan dibayar untuk mendapatkan sebuah basikal tersebut adalah tidak tetap. Nilainya akan bergantung kepada nilai semasa emas 1 dinar. boleh jadi pada pelanggan yang datang pada hari ini membayar RM500 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal tersebut sebaliknya pada hari esok pelanggan lain akan membayar RM520 (1 dinar) untuk mendapatkan basikal yang sama. ini menunjukan asasnya adalah sama iaitu 1 dinar cuma RM yang akan berubah. inilah yang bakal terjadi pada difasa kedua ini.

antara tindakan yang perlu diambil untuk menghadapi fasa kedua ini adalah dengan memperbanyakkan penyebaran ilmu dalam pelbagai bentuk tentang penggunaan D & D, menjalankan penyelidikan berterusan terhadap sistem matawang D & D, memperkasa institusi ar-rahnu sebagai medium simpanan emas berkongsepkan mudharabah, di samping tidak melupakan peranan yang dibuat dalam fasa pertama iaitu kempen dan galakan.

diskusi ilmiah, seminar, bengkel, maklumat dalam buletin kerajaan negeri, ceramah-ceramah dan penerapan dalam pendidikan akan memastikan fasa ini akan berjaya dicapai. paling tidak dalam jangka masa 5 tahun. pada fasa ini sektor swasta akan menjadi penggerak utama kearah keberkesanan pencapaiannya. sektor swasta akan memacu dan menjadi kuasa pasaran seumpama tangan ghaib yang tidak mampu untuk ditangani oleh kerajaan. kuasa sektor swasta atau orang awam ini dapat mengalahkan undang-undang ciptaan kerajaan supaya D & D tidak dijadikan alat untuk berurusniaga. ini sahajalah caranya sekiranya kita ingin melihat D & D menerajui tamaddun pada suatu hari nanti. Kerajaan mulakan, orang awamlah yang memandunya. kearah mana ia akan dipandu, bergantung kepada jalan yang disediakan oleh kerajaan.

suatu perkara penting yang tidak boleh dilupakan pada fasa ini ialah memperkasa sistem ar-rahnu. ar-rahnu tidak lagi boleh dipandang sebagai pajak gadai islam semata-mata bahkan fungsi dan peranannya adalah lebih daripada itu. antaranya ar-rahnu bakal menjadi pengganti utama peranan bank dalam sistem wang kertas. penyelidikan perlu dibuat supaya ar-rahnu bakal menjadi bank D & D pada masa akan datang. pelbagai saranan dan idea para ilmuan, intele islam, pakar syariah boleh direalisasikan untuk mewujudkan bank D & D yang pertama di dunia.

pada pendapat saya, fasa kedua ini tidaklah begitu kompleks. pola dan tindakannya adalah masih merupakan kerja-kerja background daripada pihak kerajaan seperti pendidikan dan penyelidikan. manakala urusan niaga pasaran menggunakan D & D sedang rancak ditentukan oleh rakyat sendiri. oleh itu, dalam konteks kerajaan negeri kelantan, fasa kedua ini masih legal dan tidak mustahil untuk dicapai dalam jagka waktu yang signifikan. Diakhir fasa kedua, 60% daripada kegiatan ekonomi akan menjadikan D&D sebagai asas harga atas barangan atau perkhidmatan dan menunggu indikator-indikator baru untuk bergerak ke arah fasa ke tiga.