Selasa, 17 Julai 2012

KEMUNCULAN ERA BARU DUNIA

Aliran perubahan dunia hari ini telah menampakkan kewujudan suatu era baru yang akan memimpin dunia pada hari-hari mendatang. Era baru ini boleh dinamakan sebagai era kebajikan.

Hampir seratus tahun kuasa dunia telah dimonopoli oleh kapitalisma. Ia meragut segala hasil mahsul setiap inci bumi yang dikuasainya. Segala sumber ekonomi akan diguna secara cekap oleh pemain kapitalisma. Bukan hanya pihak imperialis barat yang menjayakannya bahkan juga pihak penguasa tempatan juga menjadi pengamalnya.

Dalam era kebajikan, ciri-ciri asasnya ialah kepentingsn ramai melebihi kepentingan individu. Konsep ini akan membawa kepada lahirnya pelbagai dasar-dasar yang menjaga kebajikan umum. Antaranya, dasar merakyatkan ekonomi, dasar takaful, dasar one off insentif dan dasar gaji.

Faktor pencetus kepada era ini ialah ledakan ilmu daripada dunia tanpa sempadan yang dibawa oleh internet. Inilah sebanarnya yang merubah pemikiran masyarakat yang selama ini hanya menerima maklumat daripada satu hala sahaja. Internet akan menjadi medium terpenting petkembangan era baru dunia ini.