Jumaat, 26 Julai 2019

KUASA DAN DAYA: VACUM ADALAH TENAGA

Assalamualaikum w.b. t

Apabila kita bercakap tentang tenaga, akan terlintas di fikiran kita 2 jenis tenaga iaitu tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan tenaga yang boleh diperbaharui. Umum mengetahui tenaga uyang boleh diperbaharui itu terdiri daripada tenaga solar, tenaga angin, tenaga ombak, tenaga geotermal dan tenaga hidroelektrik.

Saya ingin mengutarakan satu jenis tenaga yang saya  fikirkan adalah boleh digolongkan sebagai jenis tenaga iaitu tenaga vacum. Sebagai contoh, kita lihat apabila air diminum oleh dan di sedut daripada gelas, air didalam gelas tersebut tidak mempunyai daya keupayaan. bagaimana boleh mendorong ianya disedut? tentulah ada satu kuasa iaitu kuasa vacum yang menjadi daya yang menggerakkannya. Daya ini juga boleh di temui pada peralatan yang menggunakan teknologi hidrolik.