Ahad, 17 Oktober 2010

FASA KEEMPAT DINAR DAN DIRHAM: KEARAH MELONJAKKAN KETAMADUNAN BARU

Pada fasa pertama dan fasa kedua melibatkan masyarakat sebagai penggerak utama. Fasa ketiga pula, kerajaan memainkan peranan dalam membentuk undang-undang berkaitan D & D. Dalam fasa keempat, penglibatannya menyeluruh meliputi kesemua peringkat masyarakat dan kerajaan. Seluruh tenaga dan usaha digembeling dalam perkembangannya mencakupi segenap aspek kegiatan ekonomi.

Fasa keempat adalah fasa terakhir dimana D & D menjadi ikon teras dalam setiap aktiviti ekonomi. D & D menjadi sandaran terhadap nilai dan harga. Dibantu oleh system maklumat yang canggih akan melonjakkan ekonomi berasaskan D & D ke tahap penguasaan ekonomi baru dunia menggantikan ekonomi kapitalis.

Pada fasa keempat, penggunaan mata wang D & D bukan sekadar dalam bentuk syiling tetapi juga dalam pelbagai bentuk yang lain seperti helaian sebagaimana wang kertas kita pada hari ini. Bentuk helaian dicipta untuk memudahkan penyimpanannya. Walaupun pelbagai bentuk dicipta sifatnya tidak berubah iaitu masih merupakan “pemegang nilai” yang baik.

Keadaan ini tidak mustahil berlaku kerana pencapaian teknologi dunia pada hari ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Ini disokong dengan penggunaan ICT yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.