Jumaat, 21 Januari 2011

TAZKIRAH BUAT SUAMI

Ketaatan isteri adalah untuk suami..syurga isteri kerana keredhaan suami..apa jua tindakan isteri perlulah memberitahu suami...ini yang Islam kata...

Duhai para suami, adakah keistimewaan yang begitu besar diperuntukkan kepada kamu, kamu gunakan dengan cara yang salah..kamu sebenarnya tidak ada kuasa memperlakukan isteri kamu semahumu...Islam tidak membenarkan isterimu dijadikan sebagai orang gajimu, diherdik, disuruh mengikut apa sahaja kemahuanmu..Seolah-olah kamu raja yang mesti dituruti..

Islam menyuruh kamu bergaul dengan cara yang baik..sekiranya isterimu itu tidak menyenangkanmu, nasihatilah dia...Insyaallah, akan lembut hatinya..Duhai para suami, kenapakah Nabi Nuh tidak memaksa isterinya menaiki bahtera itu? kenapakah Nabi Nuh tidak memukul sahaja isterinya itu, menarik tangan dan menyumpah sial isterinya yang enggan naik bersamanya? Sedangkan isteri Nabi Nuh  itu melakukan kesalahan yang jauh lebih besar berbanding dengan isterimu..Sedarkah kamu? 

0 ulasan:

Catat Ulasan