Selasa, 23 November 2010

JURNAL MINGGUAN (MINGGU 2)

JURNAL MINGGUAN
MINGGU KEDUA
(26 JANUARI 2009 – 30 JANUARI 2009)

PENDAHULUAN
Perkara penting yang berlaku pada minggu ini ialah lawatan mengejut oleh Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral Daerah Petaling Perdana. Beliau berjumpa dengan guru besar dan memeriksa beberapa kelas yang terletak berhampiran dengan pejabat. Beberapa orang guru ditegur kerana tidak menyiapkan rancangan pengajaran harian mereka. Alhamdulillah, selepas kedatangan pegawai daripada PPD Daerah Petaling terbabit, beliau mengarahkan pihak sekolah supaya memperuntukkan masa mengajar 25 waktu seminggu kepada guru-guru j-QAF yang masih dalam kursus. Saya merasa sedikit lapang. Saya sudah mempunyai kelapangan untuk merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar serta menguruskan hal-hal praktikum.

1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari  p & p  yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:
(a)   Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.
(b)   Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.
(c)   Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-murid  belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.
(d)   Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

4. Tempoh masa
Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan
Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-murid  dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan