Selasa, 23 November 2010

JURNAL MINGGUAN (MINGGU 3)

JURNAL MINGGUAN
MINGGU KETIGA
(2 FEBRUARI 2009 – 6 REBRUARI 2009)

PENDAHULUAN

  1. LAWATAN MENGEJUT PENGARAH PELAJARAN SELANGOR.
Antara perkara yang paling mengejutkan pada minggu ini ialah lawatan mengejut Pengarah Pelajaran Selangor ke Sekolah Kebangsaan Subang. Beliau amat tidak berpuas hati dengan beberapa perkara antaranya ialah: guru mengajar sambil duduk, guru tidak menyiapkan rancangan mengajar harian, guru memakai selipar (sandal) ketika bertugas, guru memeriksa buku pelajar semasa P & P dan buku kedatangan pelawat yang tidak diselenggara dengan baik. Akibatnya, beliau guru besar terpaksa  datang menemuinya pada minggu depan untuk menjelaskan perkara-perkara yang berbangkit.
  1. GURU BESAR TERTEKAN
Pada keesokkan pagi, guru besar membuat tindakan luar jangka dengan memanggil kesemua guru berkumpul di dewan terbuka. Beliau membuat pemeriksaan mengejut terhadap rancangan pengajaran harian dan beberapa perkara lain yang dibangkitkan oleh pengarah. Beberapa orang guru ditegur secara terbuka oleh guru besar. Guru besar mengarahkan guru-guru terbabit mengemukakan surat tunjuk sebab untuk dipanjangkan kepada pengarah.

1. Masalah
Di  kelas yang saya mengajar terdapat segelintir murid yang tidak menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.

2. Analisis
Masalah ini timbul kemungkinan murid-murid tidak mencukupi masa untuk menyiapkan tugasan kerja yang diberikan. Hal ini kerana setiap hari setelah habis waktu sekolah murid-murid akan pergi ke kelas fardhu ain di sekolah agama yang berdekatan. Atau kemungkinan juga murid-murid tidak mendapat konsep yang betul yang telah saya ajarkan  semasa dalam sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemungkinan juga murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan lantaran kerana sikap malas murid itu sendiri untuk menyiapkan lembaran kerja yang saya berikan untuk disiapkan pada masa telah ditetapkan. Saya juga mungkin tidak bertegas dengan murid-murid yang kerap kali melakukan kesalahan ini dengan tidak mengambil tindakan susulan ke atas murid-murid yang tidak menghantar lembaran kerja yang telah diberikan kepada mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-
(a)  Saya akan memeriksa setiap hari lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid-murid.
(b)  Saya juga akan mengenakan denda kepada pelajar yang gagal menyiapkannya.
(c)  Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid sepanjang proses p & p berjalan.
(d)  Saya juga akan bertanyakan kepada murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dalam menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.

4. Tempoh masa
Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini sekiranya masih lagi ada murid yang gagal menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.


5. Penilaian kejayaan
Didapati beberapa hari ini gejala-gejala ini semakin berkurangan apabila cadangan ini dikuatkuasakan.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala usaha saya akan terus menampakkan hasil sepanjang saya  mendidik murid-murid di sekolah.

0 ulasan:

Catat Ulasan