Jumaat, 28 Januari 2011

LATIHAN ASAS SEPAK TAKRAW

Banyak asas yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang mahir dalam permainan sepak takraw. Kemahiran-kemahiran tersebut dapat dikelaskan kepada beberapa fasa iaitu;

1. Fasa Basic
2. Fasa Regu
3. Fasa Berkumpulan
4. Fasa Kejohanan

1. Fasa Basic

Dalam fasa ini, pelajar akan diajar latihan asas sepak sila. 
Sepak sila adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki bahagian dalam. Sepak sila digunakan untuk menerima dan menimang bola, mengumpan dan menyelamatkan serangan lawan.

  • Latihan 1: teknik senaman regangan. tumpukan dibahagian kaki agar lembut semasa membuat sepakan. pelbagai kaedah regangan kaki boleh dibuat semasa senaman. seeloknya lakukan senaman setiap kali memulakan sesi latihan.
  • Latihan 2: membuat timangan bola sebanyak sekali kemudian menangkap bola tersebut dengan tangan. latih tubi berkali-kali sehingga pelajar dapat menangkap bola tersebut dengan mudah.
  • Latihan 3: membuat timangan bola dua kali. kali pertama rendah di bawah paras kepala dan disusuli dengan kali kedua tinggi melepasi kepala. 
  • Latihan 4: membuat timangan sebanyak yang mungkin.
>>info selanjutnya akan diposting kemudian..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pengen ikut latihan sepak takraw tpi ga tau tmpatnya dimna....??

Catat Ulasan