Rabu, 17 November 2010

ASSIGNMENT UNTUK MINGGU ROS (AKTIVITI 4)

AKTIVITI 4 ( Berkaitan dengan aktiviti 5):

Pengurusan Bilik Darjah
Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 2 Hidayah ( B.Inggeris / B.Arab )
Umur murid: 8 tahun

1)      Bagaimanakah  murid memberi tumpuan?

·        Murid pintar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang di ajar.
·        Murid memfokuskan perhatian kepada alat bantuan mengajar.
·        Murid yang lemah tidak berminat .
2)      Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?
·        Setiap soalan yang ditanya guru dijawab dengan baik.
·        Murid-murid aktif menjawab soalan.
·        Murid bertanya guru perkara yang tidak difahami.
3)      Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
·        Guru meminta murid memberi tumpuan kepada apa yang diajar.
·        Penerangan berkaitan topik dijelaskan sehingga pelajar faham.
·        Guru mengulang-mengulang apa yang di rasakan penting.
4)      Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.
·        Bentuk arahan yang diberi adalah jelas kerana menggunakan bahasa yang mudah dan ringkasز
·        Arahan yang diberi oleh guru jelas,ini kerana murid-murid dapat memahami arahan dan melaksanakannya dengan baik.
·        Arahan yang di berikan adalah jelas dan tidak bertindih.Ini untuk memudahkan murid-murid menyelesaikan gerak kerja yag di berikan.
5)      Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
·        Arahan yang diberikan oleh guru ringkas tetapi disertai dengan kata-kata motivasi.
·        Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
·        Guru mengulangi arahan yang diberi sehingga pelajar faham.
6)      Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan?
·        Sentiasa beri nasihat atau teguran yang berguna dan bertegas apabila perlu.
·        Meminta murid jangan bercakap dan menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran berlangsung.
·        Meminta murid mengangkat tangan dan berdiri apabila hendak menjawab soalan yang diberi oleh guru.
·        Memberikan motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh.
7)      Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?
·        Sebelum berpindah ke aktiviti lain, guru pastikan murid betul-betul faham apa yang diajar
·        Guru menegaskan bahawa dia akan beralih kepada aktiviti lain.
·        Guru memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti kepada aktiviti lain..
8)      Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
·        Sebelum memberi tugasan,guru pastikan murid benar-benar faham apa yang dipelajari.
·        Guru membekalkan lembaran kerja kepada murid bersama contoh jawapan.
·        Guru memberikan galakan dan motivasi supaya murid menyiapkan tugasan yang diberi.
9)      Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

·        Guru mengulangi apa yang di ajar dalam bentuk rumusan.
·        Guru memberikan sedikit komentar atau refleksi tentang apa yang telah dipelajari supaya dapat di gunakan di dalam kehidupan seharian
·        Membaca doa.


0 ulasan:

Catat Ulasan