Rabu, 17 November 2010

ASSIGNMENT UNTUK MINGGU ROS (AKTIVITI 5)

b) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran
Aktiviti 5:
Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

1)         Penggunaan soalan
  • Soalan yang digunakan adalah jelas dan ringkas.Murid dapat memahami apa yang di kehendaki oleh guru.
  • Terdapat juga soalan yang di berikan oleh guru memerlukan sedikit kreativiti pelajar untuk berfikir.Sebagai contoh,apabila guru menggunakan perkataan baru yang tidak biasa di gunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2)         Memberi penerangan
  • Penggunaan  ayat yang mudah dan ringkas semasa memberi penerangan.
  • Guru mengulangi bahagian yang tidak difahami oleh murid.
  • Guru memberi penekanan yang lebih kepada bahagian yang penting.


3)         Pergerakan penyampaian dalam pengajaran
  • Di mulakan dengan latar belakang tajuk yang ingin di sampaikan.
  • Pengajaran di mulakan dengan proses mendengar perkataan.Perkataan yang di maksudkan ialah perkataan yang ada di dalam tajuk yang akan di perbincangkan.
  • Pergerakkan seterusnya ialah bertutur.Pelajar di kehendaki menyebut apa yang di sebut oleh guru.
  • Seterusnya pelajar di kehendaki membaca perkataan yang telah di dengar dan di tuturkan. yang tertera di papan putih (white board/Alat Bantu Mengajar )
  • Seterusnya,pelajar di kehendaki menulis apa yang telah di dengar,di tuturkan dan di baca.




4)         Penggunaan alatan
  • Guru Bahasa Inggeris menggunakan papan putih,kad bantuan mengajar dan buku panduan guru sebagai rujukan ketika mengajar dalam kelas.
  • Guru Bahasa Arab menggunakan Pemancar CD semasa pengajaran.


5)         Respons kepada kerja murid
  • Guru memperbetulkan kesalahan kerja yang di buat oleh murid.
  • memberi komen yang membina terhadap hasil kerja yang tidak sempurna.
  • Murid yang dapat menyelesaikan kerja dengan baik di beri pujian sebagai galakan dan seterusnya menjadi motivasi untuk murid tersebut meneruskan usahanya.



6)         Penggunaan suara dan “eye contact”
  • Nada suara guru berbeza-beza mengikut keadaan.Menjadi tegas apabila ingin menyatakan perkara penting seperti tajuk dan isi penting.Manakala menjadi lembut apabila memberi penerangan kepada murid secara individu.
  • wujud “eye contact” antara guru dan murid.Perkara ini adalah untuk memastikan murid menumpukan perhatian kepada apa yang di ajar.

7)         Pergerakan badan
  • Guru banyak berdiri untuk memudahkan proses mengajar
  • Guru menggunakan lenggok badan yang sesuai apabila menceritakan ataupun menegaskan sesuatu.


0 ulasan:

Catat Ulasan