Khamis, 25 November 2010

PENGURUSAN SUMBER

PENGGUNAAN WEB DALAM P& P

 Tajuk Pengajaran : Muamalat ( Adab terhadap ibu-bapa –Tahun 5 )


Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:

Set Induksi:
Guru menayangkan slide gambar sebuah keluarga.
Guru menyoal murid:
►Apakah yang dilakukan oleh anak-anak dalam gambar tersebut?
►Pernahkan kamu melakukan perbuatan seperti gambar yang ditayangkan?
►Guru mengaitkan dengan tajuk yang hendak diajarkan



2. Alamat : http://www.geocities.com/zek_my/news2/ut572.html


Langkah 1 (CERITA):
Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:
►Guru menayangkan slide kisah cerita teladan yang  berlaku pada zaman Rasulullah iaitu seorang pemuda yang bernama Wail bin Khatab. Lantaran terlalu cintakan isterinya, Wail selalu mencaci maki ibunya. Beliau segera mempercayai apa saja yang dilaporkan oleh isterinya mengenai ibunya. Ketika Wail menghadapi saat kematian, beliau mengalami penderitaan sakit tidak terhingga.
Ibu Wail menyatakan bahawa Wail sentiasa mencaci makinya lantaran hasutan isterinya. Rasulullah saw memujuk ibu Wail supaya segera mengampunkan dosa anaknya yang derhaka itu. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dinyatakan bahawa air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.
►Guru bersoal-jawab dengan murid pengajaran yang boleh dijadikan teladan  berdasarkan cerita yang disampaikan dan mengaitkan dengan nilai berterima kasih terhadap pengorbanan ibu-bapa
►Membuat sinopsis (karangan ringkas ) tentang adab-adab terhadap ibu-bapa


Langkah 2 (ADAB):
Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:
►Guru memaparkan slide tentang adab –adab terhadap ibu-bapa
Sumbangsaran adab-adab yang perlu dipatuhi oleh murid-murid terhadap  ibu-bapa
►Guru menyuruh murid membuat simulasi tentang adab-adab terhadap ibu-bapa
►Guru menyuruh murid menyenaraikan cara-cara menjaga hati ibu bapa








Langkah 3 (AKTIVITI):

Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:
►Guru menyuruh seorang murid membaca cerita yang ditayangkan di atas slide sementara murid yang lain mencari isi penting yang berkaitan. Ia berkaitan kisah seorang pemuda pada zaman Nabi Sulaiman yang sentiasa membawa ibunya ke mana jua dia pergi hingga akhir hayat ibunya.Allah telah membalas jasa pemuda tersebut dengan mencipta kubah di atas pantai untuk tempat berteduh.

►Guru bersoal-jawab dengan murid dan menerangkan tentang hikmah berbakti terhadap kedua ibu-bapa dan ganjaran yang  telah dijanjikan oleh Allah.





Pengukuhan

Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:
►Guru menyuruh murid menyenaraikan  bentuk-bentuk pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu-bapa
►Guru menerangkan cara yang terbaik anak menghormati ibu-bapa












Penutup (DOA):

Doa untuk kesejahteraan ibu-bapa:
Penerangan dalam Pengajaran dan pembelajaran:
►Guru memaparkan slide  doa untuk kesejahteraan kedua ibu-bapa
►Guru membaca doa  diikuti oleh murid secara kelas
►Latih tubi membaca doa kesejahteraan untuk ibu-bapa secara kumpulan dan individu sehingga hafal.
►Guru menerangkan cara-cara berdoa yang betul agar doa dimakbulkan oleh Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan