Khamis, 25 November 2010

SOALAN 7 PERUBATAN BAHAN KISSM

Soalan 7 ( Perubatan)

Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

a.         Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.

Jawapan

1.         Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri.

2          Kadar bayar wad sama dengan kadar bayar wad untuk pegawai.

3.         Sekiranya anak pagawai murid sekolah tidak melebihi tingkatan 5, dikecualikan bayaran wad apabila ia dimasukkan ke dalam wad kelas 2.

           


        Gred
   Kelas  Wad
    Bayaran sehari

Gred Khas dan ke atas.
Kategori I hingga III yang bergaji RM3138 dan ke atas

Kelas 1 bilik seorang
RM 10.00

Kategori III yang bergaji RM3,137 dan ke bawah hingga Kategori VI

Kelas 1 bilik  berdua

Rm 8.00

Kategori VII hingga VIII
Kelas 1 bilik bertiga

RM6.00

Kategori  IX  hingga XI

Kelas dua

Kelas  tiga

RM 3.00

Percuma









b.  Jelaskan tafsiran ’keluarga pegawai’ yang layak menerima kemudahan
     rawatan percuma selepas kematian pegawai.


Jawapan

  1. Keluarga pegawai bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.

  1. Anak-anak yang layak berumur bawah 18 tahun, sekiranya masih belajar di bawah 21 tahun.

  1. Anak-anak yang daif ( kelemahan otak atau jasmani ) tiada had umur.

  1. Anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang didaftar mengikut peruntukan undang-undang.

  1. Balu seorang pegawai dianggap keluarga pegawai.

  1. Ibu bapa yang sah bererti ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang bertalian keluarga yang sah di sisi undang-undang.




















0 ulasan:

Catat Ulasan