Khamis, 25 November 2010

SOALAN PERUBAHAN TAMBAHAN KISSM

SOALAN PERUBATAN ( TAMBAHAN )

Lembaga Perubatan merupakan badan yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas  kes-kes yang berkaitan masalah kesihatan pegawai.

  1. Jelaskan keanggotaan Lembaga Perubatan.

Keanggotaan tetap ialah :
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Pengarah JPA
Ketua Pengarah Kesihatan

Dua orang ahli dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri.  Salah seorang mestilah doktor pakar dalam kes penyakit pegawai.




  1. Dalam situasi apakah Lembaga Perubatan boleh dipanggil untuk menyelesaikan kes kesihatan pegawai?


  1. Pegawai didapati tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa bergaji penuh maksimum 180 hari ( Perintah Am 22 Bab C Pindaan …..), 90 hari bergaji separuh dengan syarat mendapat cuti sakit.

  1. Pegawai tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak upaya untuk bekerja.

  1. Pegawai mengambil cuti sakit 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut.

  1. Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragukan.

  1. Apabila pegawai tercedera semasa bertugas.

  1. Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta dan barah kerana pegawai akan diberi cuti selama dua tahun bergaji penuh.

  1. Apabila pegawai dan keluarga diperiksa dan perlu mendapat rawatan keluar negara kerana rawatan sedemikian tidak ada dalam negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan